Nov 4, 2010

aku mahu kembara


dudukku sudah kebas di bawah pokok ini
sudah lebam butuhku
sudah puas bernaung redupan
sudah kenyang disuap menu yang sama

aku kini mahu jadi tamak
aku kini mahu jadi haloba dan dahaga
tatkala melihat luasnya langit dan saujana
aku mahu kembara

tuhan
beritahulah aku
adakah sirath mustaqim itu cuma satu
atau banyaknya jalan ke sirath mustaqim itu?

bolehkah
aku ingin melihat dan mencuba
menguji jiwaku
pada setiap jalan yang ada itu?

dan pokok yang bakal kutinggalkan itu
sekali-kali tidak pernah aku buang
barangkali aku akan kembali
tatkala ia semakin tinggi dan rendang
atau hanya melihat dari jauh di suatu masa?
kerana malu atas jalan yang kupilih?
atau kerana aku telah bertemu jalan yang lebih terisi jiwaku?

pokok itu
dan setiap daun yang pernah membelai aku dengan redupnya
payungi jiwaku dengan rendangnya
aku letak hatiku bersamamu
takkan pernah tinggal atau lari
tetap di situ

Oct 18, 2010

Al - Insan



A: "Eh awak, mana ada manusia mulia lagi kat dunia ni, ha"

B: "Kalau takde, kitalah yang nak kena jadi seorang darinya..."

A: "....."

Oct 17, 2010

tolong jaga apa yang kuberi


cair
tatkala ditatap
didengar merdunya
dilayan ayatnya

tersentuh disitu
emosi dijentik
mengalun mimpi
yang sungguh tinggi

terusik
bila katanya mencalar
tapi masih mampu berdegup
masih teguh

terbalar
bila caranya menikam
merapuh
tunggu runtuh

takutnya
hendak merasa hati diluka
jika sudah pernah kau manja

jangan biar aku terhempas

Oct 4, 2010

Kekalkan ia Putih


Setelah berapa bulan berniaga,

Selalu sangat dengar kata-kata ni.

'jangan ambik yang putih, nanti cepat kotor'

(jadi item jualan aku dah banyak kaler selain putih)

Hmm.. Benarlah barang yang warnanya putih itu mudah kotor. Paling kurang pun mudah tercalit kotoran hitam atau selain putih warnanya dah mampu cemar. Misalnya baju kurung putih plain tanpa corak yang putih salju warnanya. Jika tertumpah kari atasnya, memang mencemari sucinya warna putih itu. Kalau lemah lembutnya si pemakai itu diserlahkan oleh ayunya putih itu pasti dah boleh kena cap pengotor oleh kari yang tak sengaja tumpah pun!

Mudahnya putih itu tercemar
Mudahnya putih itu dicalit noda walaupun setitik hitam

tapi sebenarnya sucinya putih itu boleh dipelihara
boleh dicuci nodanya
boleh kekal bersih putihnya
jika aku dan engkau nakkan ia kekal putih.

Jadi, pendek kata, memang aku tak bole terima kata-kata orang yang tak mahu memiliki barang warna putih sebab senang kotor?!!

Haha.Sebab tuh aku dah ushar baju kurung putih berharga rm280 kat satu butik eksklusif ni.Biarlah putih itu bakal tercalit apa kotorpun. Aku akan pastikan ia kekal bersih.Tapi pastikan budget aku tak lari dulu.hehe

bersih putih itu bukan letaknya pada material saja. tapi juga hati.

Sep 4, 2010

Aku tetap Melayu

Maaflah jika kamus bahasaku di dalam bakal-bakal 'posting' aku bercampur kacuk tulisannya. Bukan sebab aku sukakan mcm tu tapi kadang-kadang aku lebih suka menggunakan perkataan2 dari kamus bahasa inggeris kerana aku rasa lebih tepat ia memberi gambaran maksud kata-kata aku.

Tapi bukan aku pengkhianat bahasa! (lebih2 lagi pada bangsa) Aku cinta pada tulisan A Samad Said dan cinta pada sopan dan santunnya bahasa melayu - (bukan yang rojak dan pasar)

tapi terlebih dahulu ampun ya, sebab aku pastinya akan suka rojakkan tulisan aku dgn kacukan bahasa melayu dan inggeris - dan pastinya aku takkan bother untuk italic kan mana-mana perkataan yang alien dari bahasa bangsaku nanti ye..

--teringat cikgu bahasa melayu yang suka bergincu bibir merah menyala dan aku yang x faham dengan isi majalah Dewan Masyarakat yang wajib dibaca di kelasnya---

Percubaan Pertama

(setelah dicadang dan dicanangkan oleh seorang kawan yang juga blogger tegar - cik pid)

Yer...hari ini adalah percubaan pertama aku untuk blogging..untuk apa? aku x pasti lagi...i kept my own journal sumtime and update them sumtime..i do write as a freelance (thanks to my editor fren for the opportunity) tapi this time im gonna give blogging a try.... its not going to be only about me..(sbb aku pun dh ada jurnal) probably just about things i want to share, or complain or story about others...i dont need followers, but it will be great to have people who can share their thought to my posts :)

so here it goes.....