Oct 5, 2012

Baby happy, mommy happier

Ini entry update bagi kes babyku berak almost 10 kali sehari. Alhamdulillah, by today anna cuma berak sekali je pagi tadi lepas bgn tido. 3 hari selepas her 2nd jab on pneumococal, anna is getting better dgn bowel movement dia. Dari berak 6 kali turun ke 3 kali sehari dan akhirnya pooping normally by today.

Masa jmpa doc utk jab seventh month dia tuh, doc kata, diarrhea sbb viral atau virus, cirit birit tuh bole menyebabkan bby jadi lactose intolerant, iaitu alah pada laktosa dalam susu. Dalam susu bf kita ada laktosa, meanwhile dalam susu formula tinggi laktosa. Jadi, hentikan susu formula jika baby cirit birit. Dalam kes anna pula, dia mmg tk minum susu formula, doc suggest bf continue, in fact the best utk usus n perut dia, cuma if ada bg nestum or seangkatan, he said shud stop cos kandungan nestum ada susu ( so ada lah laktosa) For mom, kita still boleh minum susu mcm biasa, tiada kaitan dgn lctose intolerant tadi. Manakala if ur baby mmg ambik susu formula, boleh tukar pada susu tanpa laktosa jika dia juga mengalami lactose intolerant.

Senang hati ibu tgk anna dh tk merah2 bontot. Ada nk dekat tiga minggu jugak dia berak kerap tuh. Elok dia masuk 7 th month, nampak dah crown gigi dia atas gusi. Mgkin juga sbb tuh dia berak2 kot. Growth spurt org kata. 

Anna dah getting ready utk merangkak. Posisi tuh dh dapat, skrg selalu enjut bontot jer. Nenek anna siap ada lagu jawa setiap kali anna enjut2 :)

Lupa nk mention, petang after her jab tuh, dia catch fever. Adelah capai 39 degrees, tak tido malam ibu jg anna. Occasionally measure suhu dia dgn termometer ketiak beli kt watson. Terbaca ms kt babycenter yg termometer jenis ketiak kena tmbah 1 atau 2 degree sbb bacaan tak berapa tepat. Kalau nk btol2 tepat kena beli yg jenis kat telinga tuh, tak silap hrga dia rm80 ke 90 gitu, mahal wo, sy beli yg ketiak suda.

Nk cerita sikit psl penumococal jab. Vaksin ni adalah vaksin alternatif yg tk termasuk vaksin wajib bg bby. Tp menurut doc anna, vaksin ni dh wajib to most countries. Ms saya buat own googling haritu pun, most babies admitted to hospital sbb jaundice atau pneumococal diseases. Fyi, vaksin ni mmg agak mahal dan ada 4 doses semuanya. Tp demi kesihatan anak, kita pun sanggup berhabis sbb tk nk take risk kan. Buat yg tak tahu, antara diseases tnpa perlindungan vaksin ini adalah, jangkitan kuman di otak, paru- paru. 

Semua maklumat yg sy berikan adalah based on doc explaination dn my own research. Sila jgn terus membuat kesimpulan tertentu hanya berdasarkan maklumat dari saya, try to find second n third opinion or ur own research lebih terjamin. 

Saya sekadar berkongsi ya, moga dapat membantu mommies n bakal2 ibu :)


Sep 21, 2012

Pooping baby - worried mom

Googling psl poop. Ckp poop kot sebab bunyi kiut sikit dari sebut t***. heheh.

Hari ni cukupla seminggu anna berak berterusan dari hari ahad. Yg buat risaunye, dia berak setiap kali lepas feeding, tk mcm sebelum ni, once or twice a day. Sekarang ni dia berak hmpir 10 kali sehari.

X pasti if dia diarrhea, sbb kdg2 poop dia nmpak sama mcm sebelum ni n tk brape cair. Doc ckp she will b ok as long as dia x demam, x throw up, n poop dia tkde blood n make sure dia x dehydrated. Cara nk tahu baby x dehydrated, cubit kulit dia, kalau kulit dia tk turun balik means dia dh kurang air. Boleh check diapers juga tgk dia kencing mcm biasa atau tidak. Kalau sikit sgt tuh means dia dehydrated.

So itula sbbnye this few day sy sibuk gooling psl baby pooping pattern. Hasilnya ada 3 teori;

Teori melayu konservatif: baby nk beralih bulan @ peralihan bulan. Mengikut kebanyakan org tua kita, baby yg selalu berak adalah sebab nk bertukar bulan. Ada juga yg kata sebab baby nak pandai atau tambah ilmu. *baru found out org putih panggil teori yg sama sebagai growth spurt (GS)

Teori melayu moden n omputih: Samaada baby nk tumbuh gigi, atau baru nk blaja mkn solid food atau food allergy. Dan mungkin juga lactose intolerant bg yg menyusu susu formula dan mungkin juga kalau bf, something yg mommy mkn tk kena dgn perut dia.

Teori foremilk n hindmilk: kalau nk tahu psl ni klik Sini. Baru saya tau rupa2nya susu ibu boleh buat bowel movement immediately lepas breast feeding. Sebabnya foremilk adalah susu yg cair yg keluar dulu sblm hindmilk yg pekat di belakang breast kita. Dua2 pun penting, tp bila tk balance, bolah menyebabkan baby cepat berak, gassy, colic dan even explain kenapa kdg2 baby kita berak kaler hijau (sbb terlebih lactose). Cara nk elak perkara ini berlaku, biarkan baby kita nenen lama sikit sampai susu hindmilk tu keluar ataupun pump out susu foremilk tu sikit bagi kes ibu yg terlebih susu selalunya bekalan susu foremilk berlebihan. Ingat kedua2 nya penting, foremilk ada kandungan laktosa yg membantu perkembangan otak dan memberi tenaga, sementara hindmilk membantu pembesaran dan mengenyangkan baby.

Byk jugak teori ni ye. Jadinye sy buat kesimpulan nk wait till this sunday if dia might poop normally. Meanwhile also cuba guna teori ketiga utk balancekan pemberian susu ibu dgn betul.

Lagipun tgk anna nih asyik gelak terkekek2, mcm gelakkan sy yg tgh risaukan dia, haha. So far
demam n vomit tkde lg. lethargic atau lembik pun tak, aktif cam biasa.

Any updates will info here.

Just 4 sharing. Adios.



Aug 21, 2012

Raya yg Kukenang

Beza. Memang berbeza 'feeling' raya masa kecil2 dulu dgn sekarang. Raya aku dulu mesti balik rumah nenek. Mesti. Sebab 'sense of belonging' tuh lg kuat kat sana.

Dulu, masa nenek masih sihat, dan rumah kayu nenek belum ditambah tingkat bawah, suasana mmg special. 'spirit' yg ada pd rumah tu sentiasa aman dn mesra.Waktu tu rumah nenek kelilingnya pokok koko dan kelapa.

Jom aku cerita sikit psl landskap ruma nenek yg aku rs 'mesra' tuh. Luar dan dalam. Bawah rumah nenek ada banyak  pasu dgn koleksi pokok nenek mcm ati2, bunga taik ayam, bunga kertas, jenjarum dan mcm2 lagi pokok satu malaysia. Bawah rumah nenek ada pangkin dibuat dari rangka katil lama. Situlah port abah nk golek petang2 diulit angin . Bawah ruma nenek juga ada kereta antik lama arwah atuk. warnanya hijau tua. Dalamnya dh mcm stor, buat isi brg2 lama. Kiri dan kanan rumah nenek pula ada palung tadahan air hujan.

Depan ruma nenek ada 2 parit/ kolam gali sendiri. Yg satu dulu2 tempat nenek dn arwah atuk mandi manda. Kelilingnya ada pokokbunga raya. Kalau lutut tersagat batu jalan dulu, nenek kunyah daun nya sapu kt lutut aku. Satu lagi parit aku pernah tergelincir jatuh pd suatu ramadan. Nasibler kakak aku dpt tarik rmbut aku. Dekat parit tu pulak ada pokok melur wangi bunganya.

Atas rumah nenek pulak, dlmnya mmg konsep melayu architecture, mybe ada cmpur javanese kot, kena study lg psl tuh sbb aku belajar khatam landskap jer. Suis letrik jenis old skool yg warna hitam bulat tuh, tingkap jenis  2 pintu, atasnya cermin stain warna hijau. Pintu utama ada tangga kayu tinggi  naik ke atas rumah. dlm rumah nenek ada lampu gas antik, kalau blackout arwah atuk akan pasang lmpu gas ni.

Waktu tuh, iaitu ms aku masih lg di sekolah rendah, cuaca masih lg sejuk. Malam di rumah nenek mcm di cameron, dinginnya mengigit hingga ke tulang. Kalau mahu ke tandas, sebelum mlm kena pastikan selesai hajat, kalau tk mesti nk berteman sebab takut turun bawah rumah sorg- sorg, hihihi..
Kadang2 ada pulak katak puru duduk temankan tepi kolah besar tuh.

Rindu betul nk minum breakfast kuih cakoi nenek cicah dgn kaya, lengkap lg dgn teh serbuk tuang susu...pergh.. Minum pulak tepi pintu besar tepi rumah nenek mengadap kebun koko.

Tp sekarang, akhirnya dh smpai chapter hidup aku yg skrg.. Nenek dh tk sihat, tk gagah mcm dulu. Walau keras kepalanya tk mahu hidup dibantu anak2, skrg dh takde pilihan. Nenek jalan dh kema dipapah, cakap pun kena dekat dn kuat. Rumah nenek dh kosong. Nenek skrg berganti2 duduk dgn anak2nya. Nenek dh tkde pilihan walau degil dn rindu rumah usangnya.

Tahun ini, kami tidur di kampung cuma satu malam. Itupun di rumah nenek mak di banting. Rumah nenek di Banting suasananya mesra juga tapi tak cukup sense of belonging.Kami tk membesar di sana, jiwa kami tk lekat di situ.

Barulah aku faham makna genus loci yg selalu disebut dalam nota kuliah. Taulah aku satu ruang itu boleh ada spirit. Tapi dlm kes aku spirit memori masa kecil aku dgn segenap ruang di rumah usang nenek..

Selamat hari raya

Maaf zahir batin

Syawal 1433H

May 14, 2012

First timer mom

Being a new mom put me through many experiences .Sometimes ada little things yg kita miss while taking care of our little one. Kat sini saya nk share things yg first timer mom might think or do or need to know for their first baby. Like me =)

Comfort for my baby

1- Bila pakaikan stokin baby, mitten atau booties tgk atau masukkan jari2 kita dlm tu dulu utk pastikan takde bendasing yg mybe akan hurt tangan n kaki comel baby kite.
Lagi satu kalau nk beli seluar jeans atau seluar khakis utk baby or toddler beli yg ada getah n button kt bhgn pinggangnya, so kita boleh adjust bila perut anak kita start buncit n tmbh sihat kan haha. Ada juga jenis seluar yg hujungnya dilipat sedikit dn dijahit which is bonus, bila dh anak dh tinggi sikit masih boleh pakai lg, dgn cara buka jahitan yg dilipat tuh 😉

2 - Lampin pakai buang/diapers @ most call it 'pampers' (brand ni dh tk jmpe di pasaran tapi dah lekat jadi sebutan) My anna pakai purata 6 pieces per day, kalau pack besar 64 pcs size S jenama drypers cost rm33. 6pcs per day x 30 days = 180 pcs. So 3 pack besar rm33 x 3 = rm99. Lebih kurang rm100 lah utk kos diapers sebulan.

Saya suka jenama drypers, especially yg baru ni cos tape dia jenis flexi-tape yg adjustable dan takde gam kuat yg suka tercabut bila kita tarik sket. Pet-pet pun sometimes sy beli sbb harga dia murah sikit dari drypers dan kualiti dia just nice.

My anna start tuka diaper dari size newborn to size S masuk pertengahan bulan ke 2, n berat dia waktu tuh 4.9kg.

3- Rocker - mgkin brg ni bukan keperluan, tp sy dah dapat as a gift, sebenarnya saya rasa sangat berguna! My anna suka duduk kt rocker ni after feeding sambil mengadap disney junior channel. Dia akan senyum n gelak sorg2 layan tv, while saya got time to do housechores (watching her now n then)

Feeding my baby

1- Breastfeed - alhamdullillah till now my anna is fully breastfeed. And till now she is healthy and fit. For those yg first few days after delivery, dont despair n quit, sbb sy pun dapat breastfeed my anna on fifth day  lepas terusan beri dia hisap, utk stimulate susu. On 4th day dah keluar kolostrum susu kuning awal yg sangat bagus sbb banyak khasiat utk baby, tho tk banyak, tapi good sign, sbb susu kita dah keluar. Masa susu sikit tuh sy feed dia jugak dgn susu anmum sbb takut dia lapar. Saya minum susu kambing n horlicks utk bagi susu berkhasiat ms breastfeed plus bnyakkan susu.

Now, saya dah blaja pam susu guna breastpump n macammana nak store susu dgn cara yg betul. Nak infos yg sangat berguna tgk kat sini especially for working mommas yg tak nak our babies terputus khasiat susu BF.

Travel for my baby

 1- Stroller n baby seat! Luckily anna is the first baby in our family n first cucu! Lucky her, she got both as a gift and i got set of car seat and stroller brand sweet cherry, which fit my taste. Seat stroller tuh bole dibuka supaya kita boleh attach carseat, kalau kita malas nak bawak dua-dua stroller n carseat. So bole bwk just carseat n frame stroller, jimat space dlm kereta. But dont forget adapter. Carseat harganya rm240 n stroller cost around rm459. Sbb saya dh terbeli separately, so hrga dia mahal sket, but if beli both trus bole dapat around rm621. Design dia ada cam brand quinny yg feymes dari dutch. Tapi sbb quinny is out of my budget, sweet cherry will do just fine for me.
SCR6 -Sweet Cherry

Stroller ni aluminium lightweight frame, agak besar sket but kukuh. Ada tiga roda, senang nak maneuver (senang nk 'memandu'). But kelemahannya, frame dia yg besar makan space dlm kereta, n for me still heavy to carry.(tho 'lightweight')

 2- Jenama Maclaren n Peg Perego also feymes, sape dont mind spending for ur kid bole survey brand ni, most parent suka cos its much easier to handle, senang nk lipat masuk kereta. Tp usually harga dia start dari rm1k, so kalau dpt less than that,consider lucky u, heheh. While quinny ada peminatnya tersendiri, unique design beroda 3. Try tgk sini, bole dapat at a very reasonable price.

rites, cukuplah utk this post, lepas ni bole story pasal adat tradisi ibu2 zaman dulu yg masih diamalkan sekarang. Especially orang jawa cam mak saya suruh saya amalkan hehe. Boleh sharing. okes -

Mar 8, 2012

I'm officially..

There re 2 things under this post


1- Im officially...a mom... which is on 25th february 2012, 2 weeks early than expected date....ehem..congrats 2 me. Luv u Anna!

2-Im officially ...a ---------. Nevermind that. Only me know.by today's date.


note: dont bother guessing to fill in the blank. not the rite amount of blank anyway

Feb 6, 2012

Siapa nak sewa brg kawin-kawin?























Finally, adikku yahfatin dah selamat jadi isteri orang. Settle lah sudah satu lagi majlis walimatuurus anak dara mkcik ainun yang ketiga (tinggal sorg lg anak dara yg kuat berangan, tapi muda ingusan lagi baru 15 tahun) tidak lupa juga 2 bujang yg sudah berpunya, yang akan sampai jua waktunya nnti.

While me, is getting heavier each day, counting days of becoming momma this coming March 2012.
Writing this post, im already 35 weeks 4 days, so means in 3 days im turning 9 months! pergh....tak pcaya aku ni tgh preg, walaupun dah nk msuk 9 bulan haha. Lovely baby in my womb kicking harder everyday, harder to sleep each nite (tkpe baby, ibu tk kisah, just hope u comfortable in there) N for those who supports me, frens n family, (before this my baby was scanned in breech position) alhamdulillah baby dah on her position rite now (time kaceh dgr cakap ibu)

Btw, balik pada tajuk (haha) ada byk barang2 n peralatan majlis kenduri baru2 ni, yang nak disewakan memandangkan adinda2 lain masih lambat lagi majlisnya. Kalau berminat nak sewa
peralatan macam payung lace, hand bouquet, centerpieces etc bolehlah ke blog sy yg kedua, srikandee collection (klik sini) boleh tgk gamba2 item2 yg nk disewa tuh ye...

comel tak pic baby ni, comel siut kan....hehe =)