Oct 19, 2013

Im a lady driver

Gen 2 orange aku tuh dah masuk tahun ke 7 rupanya. Patutlah dh byk yg tak kena.
Sebenarnya ramai je owner proton gen 2 yg byk pengalaman 'oh no' dgn kereta memasing, termasuklah aku kan, hmm..

Tapi my gen 2 sebenarnya dh byk sgtlah berjasa, paling jauh singapore n terengganu dia dah jejak. Naik cameron pun dah pernah.

Banyak sentimental value, the best n the worst memories. only me with my gen 2 :)

Alkisahnya nk cerita pasal kos repair kereta gen 2 nih, baru-baru ni repair aircond switch yg dh lama problem. The problem is, the switch wont switch. Mksudnya ada switch macam tk ada switch, aircond dh on, tp tak boleh adjust temperature, kipas etc. Lama- lama aircond pun dh tk sejuk, dah macam sauna pulak.

So nk detail sikit kos repair tuh. Sebenarnya dh google juga, since im a lady driver ( senang kena tipu dengan pomen, jadi prepare before u kena tipulah kan) tk byk info tentang kos repair aircond ataupun kedai yg bagus n murah utk repair di shah alam ni. So hope anyone else yg google boleh jumpa this entry dan compare harga n tell me ok tak harga pomen ni.

Apa yg saya ganti,

1. Aircond switchboard satu set - gen 2 ada tiga switch, rm280
2. Side mirror adjuster -( ni kerja budak kenit tgn gatal ) rm100+
3. Aircond vent ( yg tmpt keluar aircond tuh, satu dh patah so kena ganti) rm70
4. Wiper ( mmg dh teruk, kena tukar) rm20

Kalau congak dh rm470 lebih kan, tauke tuh kata dia tak kira kos upah, so dia bagi rm400 utk semua tuh.

Sy setuju, cos kedai yg sy pegi before kedai pomen yg ni dia charge rm450 utk switch set shj (again, im a lady driver)

Kedai yg sy repair ni di sek.23, betul2 sblh senheng n kedai perabut. Sy pg sini lepas terbaca forum yg comment dia repair aircond disini ok.

Dekat sini dia charge rm80-90 utk service aircond, bg kereta mcm sy, tk sure if lain rate utk kereta jenis lain. Dan if ada kebocoran pada coil compressor aircond dia charge rm200+

So, masa pickup kereta, saya byr total up rm420 sbb dia suggest sy pasang antenna radio baru ( yg sebelum ni dh patah dek kerja beruk- mcm2 pengalaman gen 2 ni) so add another rm20

Lepas ni bercita2 nk cat warna putih my gen 2. Penghijrahan fizikal sikit. Ada suggestion mana2 kedai value for money? Tapi money kena ada dulu juga hehe...

Note: think twice if u want to buy a secondhand car that tells u the owner was a lady driver ;)