Jan 9, 2014

Aircond atau sauna?


One day pada satu hari yg panas terik, aircond kereta ni tak mau sejuk setelah lama on. Panasnye macam duduk dalam oven. Berpeluh segala. Tak boleh jadi ni, malaysia mmg cuaca panas lembab khatulistiwa, kena juga repair aircond, lainlah kalau ada winter.

Pagi tadi lepas bukak kedai sempat singgah kedai buat air cond yg haritu buat repair switch. Risau juga kalau kena buat compressor ke whatever yg menghanguskan duit. Tetapkan hati percaya rezeki Allah ada di mana2.

Jmpe tauke cina tuh dia ajak gi kedai abang dia sbb staff dia yg montel tuh yg biasa repair aircond ada kt sana. So saya follow blkg keta dia smpai taman sri muda, tak sampai 5 minit je dari kedai dia.

So dia introduce kat abg dia ( muka pon sepesen, sbb sama species kan) saya ckp nk servis aircond, sbb panas, angin keluar tak kuat, gas mcm malu2 kucing jer rasa, mmg mcm sauna.

Abang tauke mmg nmpk very experienced cara dia explain, walaupon ada slang cine tapi masih satu malaysia, aku faham lg.

"Dia check2 , dia kata i kasi bersih u punye filter rm10, kasi masuk gas rm30. Itu suda cukup tak payah servis, kalau gen2 mau bukak dashboard paling kurang rm250 itu servis saja, kalau coil rosak itu lain celita, lain charge.

Kalau u nk servis pon sama saja kalau coil rosak, lepas i cuci filter dan tambah gas. So cuci filter dan tambah gas suda cukup."

Syukurlah, baik juga abang tauke ni, dia ckp terus terang je tkde fikir nk kelepet ke ape. Syukur pada tuhan selesai satu masalah.

Ha, kalau sape yg bc post sblm ni, pomen chinese montel tu cakap servis aircond below rm100 kan, itu sbnarnya keta jenis lain, bukan gen2 hehe.. Tataulah, ada sesape yg boleh verify info ni ke. Eh, ada sesape baca ke post ni 😬

Tapi, u all dah tahu, yg my aircond tuh tak perlupon nk servis, (buat ms ni lah) skrg ni dia dh sejuk n kuat anginnnya mcm wintersonata, selepas cuci filter n tambah gas. Tapi toke tu warn kalau dh tak rasa sejuk dalam masa terdekat tu adalah yg bocor, so adelh kena tuka tuh kan. Lets hope not.





Note: Lets hope not


*UPDATE - alhamdulillah its already 2017, my aircond is still good and running fine 😊👍🏼

Jan 7, 2014

Have u 'taste' the worst in life?

Pernah rasa cili? Pedas, tapi masih boleh hilang
Bagi masa sikit nanti hilanglah pedasnya..

Macam mana kalau sakit? Sakit di hati? Terluka, terguris?
Boleh kurang? Boleh ubat, padam, hilang terus?

Boleh jer, kalau kita 'benarkan' luka tu untuk terubat.
Bila luka, kitalah yg nak rawat, letak ubat, tampal plaster, esok lusa terubatlah dia.
Adake luka yg nk diletak cuka, garam atau clorox lagi biar tambah parah, tambah dendam?

Ada, ada yg buat mcm tu.

Sebab tu org kata, bukan senang nk maafkan org....
Apetah lagi org yg dh melukakan, yg meluka dgn cedera paling dalam...sebab dia terus menerus melukakan.. Sampai bernanah

Ambik masa nak pulih wei, letak minyak gamat tak cukup, antiseptik tak cukup,
Dah parah
Kena kasi bedah?

Ya tuhan, sembuhkanlah luka, bersihkanlah jiwa, dan kurniakanlah kemudahan untuk memaafkan.
Sesungguhnya kemaafan itulah penawar buat jiwa yg tidak tenang.

Bersihkanlah hati dari hasad dengki, benci dan dendam

Sucikanlah jiwa dan hati kami dari minda kotor dan keji, yg senantiasa lalai dari ingat akan usulku

Bahawa tidak lain berada di sini hanya utk menyembah -Mu ya Allah.









Note: pernah tak rasa takut nk happy sgt sbb takut nnti ditimpa musibah?