Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

Apr 1, 2013

Anna, my little lady

Anna skrg dh masuk 13 months of age. And nope, she's not walking yet. And nope, im not worried. Bila dia dh cukup konfiden, she will walk by herself. Sementara tuh, dia boleh lg hold on to her mommy's hand until she is ready to let go.

Mommys semua... Pernah tk korang rasa our babies membesar dalam sekelip mata?

The next morning dia dh tumbuh gigi lagi satu. Tak ingat pula bila dia tumbuh gigi lagi empat btg tuh?

The next morning, baju dia dh mcm kecik bila pakai? Eh?

The next morning, dia mumbling many different words, new vocabs. Smlm dia boleh ckp ta ta ta je.... Eh?

Growing fast is she,

Mommy luvs u all the same.






Oct 5, 2012

Baby Happy, Mommy Happier

Ini entry update bagi kes babyku berak almost 10 kali sehari. Alhamdulillah, by today anna cuma berak sekali je pagi tadi lepas bangun tido. 3 hari selepas her 2nd jab on pneumococal, anna is getting better dengan bowel movement dia. Dari berak 6 kali turun ke 3 kali sehari dan akhirnya pooping normally by today.

Masa jumpa doc untuk jab seventh month dia tuh, doc kata, diarrhea sbb viral atau virus, cirit birit tuh bole menyebabkan baby jadi lactose intolerant, iaitu alah pada laktosa dalam susu. Dalam susu bf kita ada laktosa, meanwhile dalam susu formula tinggi laktosa. Jadi, hentikan susu formula jika baby cirit birit. Dalam kes anna pula, dia mmg tk minum susu formula, doc suggest bf continue, in fact the best utk usus n perut dia, cuma if ada bagi nestum or seangkatan, he said shud stop cos kandungan nestum ada susu (so ada lah laktosa) For mom, kita still boleh minum susu mcm biasa, tiada kaitan dengan lactose intolerant tadi. Manakala if ur baby mmg ambik susu formula, boleh tukar pada susu tanpa laktosa jika dia juga mengalami lactose intolerant.

Senang hati ibu tengok anna dah tak merah2 bontot. Ada nak dekat tiga minggu jugak dia berak kerap tuh. Elok dia masuk 7th month, nampak dah crown gigi dia atas gusi. Mungkin juga sebab tuh dia berak2 kot. Growth spurt org kata. 

Anna dah getting ready utk merangkak. Posisi tuh dah dapat, sekarang selalu enjut bontot jer. Mak Wan anna siap ada lagu jawa setiap kali anna enjut2 :)

Lupa nak mention, petang after her jab tuh, dia catch fever. Adelah capai 39 degrees, tak tido malam ibu jaga anna. Occasionally measure suhu dia dengan termometer ketiak beli kat watson. Terbaca masa kat babycenter yang termometer jenis ketiak kena tambah 1 atau 2 degree sebab bacaan tak berapa tepat. Kalau nak yang betul-betul tepat kena beli yang jenis kat telinga tuh, tak silap harga dia rm80 ke 90 gitu, tapi saya pakai yang jenis kepit di ketiak je.

Nak cerita sikit pasal penumococal jab. Vaksin ni adalah vaksin alternatif yang tak termasuk vaksin wajib bagi baby. Tapi menurut doc anna, vaksin ni dah wajib to most countries. Masa saya buat own googling haritu pun, most babies admitted to hospital sebab jaundice atau pneumococal diseases. Fyi, vaksin ni memang agak mahal dan ada 4 doses semuanya. Tapi demi kesihatan anak, kita pun sanggup berhabis sebab tak nak take risk kan. Buat yang tak tahu, antara diseases tanpa perlindungan vaksin ini adalah, jangkitan kuman di otak, paru- paru. 

Semua maklumat yang saya berikan adalah based on doc explaination dan my own research. Sila jangan terus membuat kesimpulan tertentu hanya berdasarkan maklumat dari saya, try to find second n third opinion or ur own research lebih terjamin. 

Saya sekadar berkongsi ya, moga dapat membantu mommies n bakal2 ibu :)

Anak-anak adalah anugerah dan amanah dari tuhan

Nota: Update tahun 2021, Vaksin Pneumococal sudah mula diberi percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 

Sep 21, 2012

Pooping baby - worried mom

Googling pasal poop. Ckp poop kot sebab bunyi kiut sikit dari sebut t***. heheh. 

Hari ni cukupla seminggu anna berak berterusan dari hari ahad. Yang buat risaunye, dia berak setiap kali lepas feeding, tak macam sebelum ni, once or twice a day. Sekarang ni dia berak hmpir 10 kali sehari.

X pasti if dia diarrhea, sbb kdg2 poop dia nmpak sama mcm sebelum ni dan tak brape cair. Doc ckp she will b ok as long as dia tak demam, tak throw up, dan poop dia takde blood dan make sure dia tak dehydrated (kekurangan air dalam badan). Cara nk tahu baby tak dehydrated, cubit kulit dia, kalau kulit dia tak turun balik means dia dh kurang air. Boleh check diapers juga tengok dia kencing mcm biasa atau tidak. Kalau sikit sangat atau diaper kering means dia dehydrated. Bahaya tau kalau baby kurang air, better terus bawa ke kecemasan.

So itula sbbnye this few day saya sibuk gooling pasal baby pooping pattern. Hasilnya ada 3 teori;

Teori melayu konservatif: baby nk beralih bulan @ peralihan bulan. Mengikut kebanyakan org tua kita, baby yang selalu berak adalah sebab nak bertukar bulan. Ada juga yang kata sebab baby nak pandai atau tambah ilmu. *baru found out org putih panggil teori yg sama sebagai growth spurt (GS)

Teori melayu moden n omputih: Samaada baby nk tumbuh gigi, atau baru nak belajar makan solid food atau food allergy. Dan mungkin juga lactose intolerant* bagi yang menyusu susu formula dan mungkin juga kalau bf, something yang mommy makan tak kena dengan perut dia.

Teori foremilk n hindmilk: kalau nk tahu psl ni klik Sini. Baru saya tau rupa2nya susu ibu boleh buat bowel movement immediately lepas breast feeding. Sebabnya foremilk adalah susu yg cair yg keluar dulu sebelum hindmilk yang pekat di belakang breast kita. Dua2 pun penting, tp bila tk balance, bolah menyebabkan baby cepat berak, gassy, colic dan even explain kenapa kdg2 baby kita berak kaler hijau (sbb terlebih lactose). Cara nk elak perkara ini berlaku, biarkan baby kita nenen lama sikit sampai susu hindmilk tu keluar ataupun pump out susu foremilk tu sikit bagi kes ibu yg terlebih susu selalunya bekalan susu foremilk berlebihan. Ingat kedua2 nya penting, foremilk ada kandungan laktosa yg membantu perkembangan otak dan memberi tenaga, sementara hindmilk membantu pembesaran dan mengenyangkan baby.

Banyak jugak teori ni ye. Jadinye saya buat kesimpulan nak wait till this sunday if dia might poop normally. Meanwhile also cuba guna teori ketiga utk balancekan pemberian susu ibu dgn betul.

Lagipun tengok anna nih asyik gelak terkekek2, macam gelakkan saya yang tengah risaukan dia, haha. So far demam dan vomit takde lagi. Lethargic atau lembik pun tak, aktif cam biasa.

Any updates will info here.

Just 4 sharing. Adios.

*lactose intolerant - kondisi dimana anda/seseorang jadi alergik pada kandungan/produk tenusu


Sometimes the truth stinks :D


May 14, 2012

First timer mom

Being a new mom put me through many experiences .Sometimes ada little things yg kita miss while taking care of our little one. Kat sini saya nk share things yg first timer mom might think or do or need to know for their first baby. Like me =)

Comfort for my baby

1- Bila pakaikan stokin baby, mitten atau booties tgk atau masukkan jari2 kita dlm tu dulu utk pastikan takde bendasing yg mybe akan hurt tangan n kaki comel baby kite.
Lagi satu kalau nk beli seluar jeans atau seluar khakis utk baby or toddler beli yg ada getah n button kt bhgn pinggangnya, so kita boleh adjust bila perut anak kita start buncit n tmbh sihat kan haha. Ada juga jenis seluar yg hujungnya dilipat sedikit dn dijahit which is bonus, bila dh anak dh tinggi sikit masih boleh pakai lg, dgn cara buka jahitan yg dilipat tuh 😉

2 - Lampin pakai buang/diapers @ most call it 'pampers' (brand ni dh tk jmpe di pasaran tapi dah lekat jadi sebutan) My anna pakai purata 6 pieces per day, kalau pack besar 64 pcs size S jenama drypers cost rm33. 6pcs per day x 30 days = 180 pcs. So 3 pack besar rm33 x 3 = rm99. Lebih kurang rm100 lah utk kos diapers sebulan.

Saya suka jenama drypers, especially yg baru ni cos tape dia jenis flexi-tape yg adjustable dan takde gam kuat yg suka tercabut bila kita tarik sket. Pet-pet pun sometimes sy beli sbb harga dia murah sikit dari drypers dan kualiti dia just nice.

My anna start tuka diaper dari size newborn to size S masuk pertengahan bulan ke 2, n berat dia waktu tuh 4.9kg.

3- Rocker - mgkin brg ni bukan keperluan, tp sy dah dapat as a gift, sebenarnya saya rasa sangat berguna! My anna suka duduk kt rocker ni after feeding sambil mengadap disney junior channel. Dia akan senyum n gelak sorg2 layan tv, while saya got time to do housechores (watching her now n then)

Feeding my baby

1- Breastfeed - alhamdullillah till now my anna is fully breastfeed. And till now she is healthy and fit. For those yg first few days after delivery, dont despair n quit, sbb sy pun dapat breastfeed my anna on fifth day  lepas terusan beri dia hisap, utk stimulate susu. On 4th day dah keluar kolostrum susu kuning awal yg sangat bagus sbb banyak khasiat utk baby, tho tk banyak, tapi good sign, sbb susu kita dah keluar. Masa susu sikit tuh sy feed dia jugak dgn susu anmum sbb takut dia lapar. Saya minum susu kambing n horlicks utk bagi susu berkhasiat ms breastfeed plus bnyakkan susu.

Now, saya dah blaja pam susu guna breastpump n macammana nak store susu dgn cara yg betul. Nak infos yg sangat berguna tgk kat sini especially for working mommas yg tak nak our babies terputus khasiat susu BF.

Travel for my baby

 1- Stroller n baby seat! Luckily anna is the first baby in our family n first cucu! Lucky her, she got both as a gift and i got set of car seat and stroller brand sweet cherry, which fit my taste. Seat stroller tuh bole dibuka supaya kita boleh attach carseat, kalau kita malas nak bawak dua-dua stroller n carseat. So bole bwk just carseat n frame stroller, jimat space dlm kereta. But dont forget adapter. Carseat harganya rm240 n stroller cost around rm459. Sbb saya dh terbeli separately, so hrga dia mahal sket, but if beli both trus bole dapat around rm621. Design dia ada cam brand quinny yg feymes dari dutch. Tapi sbb quinny is out of my budget, sweet cherry will do just fine for me.
SCR6 -Sweet Cherry

Stroller ni aluminium lightweight frame, agak besar sket but kukuh. Ada tiga roda, senang nak maneuver (senang nk 'memandu'). But kelemahannya, frame dia yg besar makan space dlm kereta, n for me still heavy to carry.(tho 'lightweight')

 2- Jenama Maclaren n Peg Perego also feymes, sape dont mind spending for ur kid bole survey brand ni, most parent suka cos its much easier to handle, senang nk lipat masuk kereta. Tp usually harga dia start dari rm1k, so kalau dpt less than that,consider lucky u, heheh. While quinny ada peminatnya tersendiri, unique design beroda 3. Try tgk sini, bole dapat at a very reasonable price.

rites, cukuplah utk this post, lepas ni bole story pasal adat tradisi ibu2 zaman dulu yg masih diamalkan sekarang. Especially orang jawa cam mak saya suruh saya amalkan hehe. Boleh sharing. okes -

Dec 26, 2011

The Mum to Be Experience 29th weeks



Tik-tok, Tik -Tok, cepat betul masa berlalu. Now Im already 29th weeks @ 7 month + pregnant. Siapa yg pernah melalui pengalaman mengandung mesti rindukan setiap special moment ms baby dlm perut. It is the most special moments women can experience and no man will ever! hehe, guys....jgn jeles k =P.

anyway i hv a song that i like to share with my baby cos i love her so much. (yes she's a gurl) beautiful song for Anna, by christina perri titled 'a thousand years'. Yeps, i love her for a thousand years... dedicated to all momma to be out there! luv ur child cos they're most precious god given.

just to share, bermula dari 28th weeks, baby kita dah start listening, even memorizing, brain functioning. Baby akan dgr suara ibunya bila bersuara, boleh mendengar musik/bunyi berhampirannya, (kalau dia tk suka, mybe dia akan kick like mad, thee hee hee) Sesetengah study ada mendedahkan terdapat memori2 yg tidak dpt dijelaskan oleh sesetengah org (even adult) yg boleh terimbau musik kegemaran ibu mereka (mcm dejavu) ketika akhir trimester.

If u think or have heard about education before birth, now is the time, sy suggest kita solve math problems, makan kacang badam yg boleh membantu brain function sejak dalam rahim. siapa tk nk baby genius kan?

baby akan react first dgn suara ibunya setelah lahir, compare to ayahnya (mybe it takes around 15 days to recognise his father) haha, kesian. Logiknya, baby spend more time wth her mom kan (ms dlm womb)

selain tu, all mommas, try to find peace in ur heart, sbb miraclely , ur baby can connected to u if ure feeling stressful, murung etc. (thats explain premature birth - lahir tk cukup bulan) poor baby, kalau kita rasa sedih she can feel it too, so be happy mums!

okes, ive been reading lotsa artikel, and books bout pregnancy, later on sy akn share lagi. Lepas ni nk cari reading material for pantang. I just found out, chinese cara dorg pantang ialah minum alkohol called Dom. Our chinese fren pun pakai bengkung like ours yg byk tali. nice eh?

more to share =)