Oct 12, 2011

Tips Laman Rumah cantik


Disebabkan laman di rumah saya semuanya telah disimen dengan tiles demi memuatkan beberapa bijik kereta, jadi impian untuk memiliki laman impian di rumah cuma tinggal mimpi dalam mimpi.
Container garden? maybe. tapi teringat sorang lecturer saya dulu yang cukup tak suka tanaman dalam pasu. Kenapa? katanya kesian kat pokok tuh, 'kebebasan'nya terbatas.

anyway, ini tips saya (kalau mengikut laman impian perspektif saya)

TIPs Laman Rumah kemas dan Cantik

1 - Saya tak faham kenapa orang suka tanam pokok mangga dalam halaman rumah (rumah teres khususnya) paling saya tak faham di bahagian hadapan rumah. Sedikit yang saya faham mungkin apabila pokok itu besar nanti ia bakal dinikmati hasilnya oleh ahli keluarga dan sanak saudara malah jiran jemiran. (Sungguh murni impian itu) tetapi dari sudut kekemasan dan kecantikan laman? lets just leave it to dusun kat kampung yang lebih sesuai lokasinya.

2 - Kitchen Garden. Atau nama lain Herbs Garden. Memang menarik bunyinya, terutama bagi surirumah yang suka memasak menggunakan tanaman herba pilihan, mudahlah jika ditanam di kawasan rumah. Paling selalu nampak pokok pandan (pandanus spp) dan serai (Cymbopogon citratus). Jika anda mempunyai laman yang luas di belakang rumah, silakan. Di hadapan rumah? Cuba elakkan kalau tak macam kebun sayur rupanya nanti.

3 - Koi pond, kolam ikan atau waterfeature berupa air terjun etc. Anda tinggal di rumah teres lot tepi yang luas lamannya sehingga boleh memuatkan 8 kereta sekaligus? My advice, jangan letak kolam anda itu berdekatan peti pos rumah atau jauh dari bangunan rumah anda. Kenapa? siapa yang mahu menikmatinya kalau bukan anda? Ini kerana kolam yang dibina itu wajarnya untuk dinikmati ketika anda bersantai di rumah, terutamanya yang terdapat feature waterfall yang menghasilkan bunyi yang menyenangkan. Ataupun yang mengandungi ikan-ikan yang berenang di dalamnya yang memberi visual relaxation pada anda. Kalau letaknya hampir 500m dari bangunan rumah anda? lebih baik pergi taman tasik perdana aje. Lokasi yang sesuai untuk waterfeature adalah di tempat yang paling banyak anda luangkan masa. Misalnya berdekatan dining area ataupun ruang tamu utama. Best kan sambil makan dengar bunyi air ataupun sambil baring-baring kat sofa tu dengar bunyi air gitu kan. 

4-  Jangan pasang tangga besi untuk susun pokok bunga. Korang tau tak tangga besi yang macam mana tu? Macam yang saya sketch kat bawah ni. Selalunya ia tiga atau dua tingkat. Ia bukan sahaja makan ruang malah susunan pokok anda pun terlalu generik, mungkin kemas tapi jika anda buka nursery pokok bolehlah. 

Why people u like to put this kind of stair for your plant? haha

5. Sebaiknya gunakan pasu yang sama jenis dan sama warna, susun pokok yang jenis renek di hadapan, dan yang tinggi di belakang. Kalau boleh elakkan terlampau banyak jenis pokok, tapi kalau anda memang pencinta pokok tak apalah, jangan jadi macam hutan sudahlah hehe. Make it simple sebaiknya supaya ruangan laman rumah anda kelihatan kemas dan tersusun. Di bawah ada contoh gambaran idea saya sendiri


Kalau banyak koleksi pokok tu buatlah planter box susun dalam tu kan kemas je 

Bagaimanapun ini cuma idea dan pendapat saya sahaja. Ini cuma cadangan untuk laman rumah yang bersimen atau bertiles penuh. Kalau ada tanah lagi saya suka, dan lain pula cadangan saya. 

Note: Kalau ada kucing, habis pokok bunga dia buat tilam kan, geram je kan haha