Jan 9, 2014

Aircond atau sauna?

Pagi tadi lepas bukak kedai sempat singgah kedai buat air cond yg haritu aku repair switch. ( bahasakan diri aku sbb mcm seswai bila citer psl keta - mcm havoc kunun)

Jmpe tauke cina tuh dia ajak gi kedai abang dia sbb staff dia yg montel tuh yg biasa repair aircond ada kt sana. So aku follow blkg keta dia smpai taman sri muda, tak sampai 5 minit je dari kedai dia.

So dia introduce kat abg dia ( muka pon sepesen, sbb sama species kan) aku ckp nk servis aircond, sbb panas, angin keluar tak kuat, gas mcm malu2 kucing jer rasa, mmg mcm sauna.

So abang tauke mmg nmpk very experienced cara dia explain, walaupon ada slang cine tapi masih satu malaysia, aku faham lg.

"Dia check2 , dia kata i kasi bersih u punye filter rm10, kasi masuk gas rm30. Itu suda cukup tak payah servis, kalau gen2 mau bukak dashboard paling kurang rm250 itu servis saja, kalau coil rosak itu lain celita, lain charge.

Kalau u nk servis pon sama saja kalau coil rosak, lepas i cuci filter dan tambah gas. So cuci filter dan tambah gas suda cukup."

Ha, kalau sape yg bc post aku sblm ni, pomen chinese montel tu cakap servis aircond below rm100 kan, itu sbnarnya keta jenis lain, bukan gen2 hehe.. Tataulah, ada sesape nk verify info aku ni ke. Eh, ada sesape baca ke post ni haha

Tapi, u all dah tahu, yg my aircond tuh tak perlupon nk servis, (buat ms ni lah) skrg ni dia dh sejuk n kuat anginnnya mcm wintersonata, selepas cuci filter n tambah gas. Tapi toke tu warn kalau dh tak rasa sejuk dalam masa terdekat tu adalah yg bocor, so adelh kena tuka tuh kan. Lets hope not.





Note: Lets hope not


Jan 7, 2014

Have u 'taste' the worst in life?

Pernah rasa cili? Pedas, tapi masih boleh hilang
Bagi masa sikit nanti hilanglah pedasnya..

Macam mana kalau sakit? Sakit di hati? Terluka, terguris?
Boleh kurang? Boleh ubat, padam, hilang terus?

Boleh jer, kalau kita 'benarkan' luka tu untuk terubat.
Bila luka, kitalah yg nak rawat, letak ubat, tampal plaster, esok lusa terubatlah dia.
Adake luka yg nk diletak cuka, garam atau clorox lagi biar tambah parah, tambah dendam?

Ada, ada yg buat mcm tu.

Sebab tu org kata, bukan senang nk maafkan org....
Apetah lagi org yg dh melukakan, yg meluka dgn cedera paling dalam...sebab dia terus menerus melukakan.. Sampai bernanah

Ambik masa nak pulih wei, letak minyak gamat tak cukup, antiseptik tak cukup,
Dah parah
Kena kasi bedah?

Ya tuhan, sembuhkanlah luka, bersihkanlah jiwa, dan kurniakanlah kemudahan untuk memaafkan.
Sesungguhnya kemaafan itulah penawar buat jiwa yg tidak tenang.

Bersihkanlah hati dari hasad dengki, benci dan dendam

Sucikanlah jiwa dan hati kami dari minda kotor dan keji, yg senantiasa lalai dari ingat akan usulku

Bahawa tidak lain berada di sini hanya utk menyembah -Mu ya Allah.









Note: pernah tak rasa takut nk happy sgt sbb takut nnti ditimpa musibah?







Dec 5, 2013

Vietnam-Singapore-Jakarta-Bali

Vietnam. Singapore. Jakarta. Bali

4 lokasi ni sebenarnya dah berjaya sampai dalam beberapa bulan ni. Paling latest baru je balik dari jakarta n bali.

Memang teringinlah nk share places of interest n experiences kat those places. Tp asik tk berkesempatannyeee..especially vietnam sbb dah 2nd time kesana n bercita2 nk kesana lg.

Masa first time ke vietnam mmg byk dugaan, salah satunya bila immigration problem dgn online system, after one day dari pagi ke petang menunggu giliran dgn my baby anna. Imagine betul2 time giliran my number nk giliran nk kena panggil, dan dan tu jugak system tu down. N guess what, esok nk g vietnam, passport pulak tk cukup 6 bulan. ( kalau yg tak tahu, nak travel overseas kena cukup 6 bulan sebelum expired date, or tak naik kapalterbang ler ekau ;) )

Aku recall time tnya pegawai tu dia cakap the whole immigration system down, semua tempat. Kalau aku gi putrjaya time tu jugak pun tkde mknanya, sbb sana pun sama jugak. Gitu jugak di bukit damansara. Masatu anna dh restless, sape tk boring duduk kt situ dari pagi smpai petang. Ada mendidih jugak kepala masatu.

Esok flight 9 pagi ke vietnam, my mom cakap cuba terai je kot bole lepas. Korang rasa lepas tak? Sorila, kat kaunter MAS awal2 tak lepas. Anna lepas, tapi aku tak bole. ( sbb anna baru buat passport) Nice lady kat kaunter tu cakap, kalau tempat lain mgkin dia allow je pujuk2 sikit, tapi vietnam mmg tak bagi masuk. So, nak taknak kena la reschedule flight le petang, tambah fare sikit, pagi tu jugak aku pegi renew passport sambil angkut anna pegi putrajaya.

Ok nnt continue. Dah 2 pagi, sleep time.



Oct 19, 2013

Im a lady driver

Gen 2 orange aku tuh dah masuk tahun ke 7 rupanya. Patutlah dh byk yg tak kena.
Sebenarnya ramai je owner proton gen 2 yg byk pengalaman 'oh no' dgn kereta memasing, termasuklah aku kan, hmm..

Tapi my gen 2 sebenarnya dh byk sgtlah berjasa, paling jauh singapore n terengganu dia dah jejak. Naik cameron pun dah pernah.

Banyak sentimental value, the best n the worst memories. only me with my gen 2 :)

Alkisahnya nk cerita pasal kos repair kereta gen 2 nih, baru-baru ni repair aircond switch yg dh lama problem. The problem is, the switch wont switch. Mksudnya ada switch macam tk ada switch, aircond dh on, tp tak boleh adjust temperature, kipas etc. Lama- lama aircond pun dh tk sejuk, dah macam sauna pulak.

So nk detail sikit kos repair tuh. Sebenarnya dh google juga, since im a lady driver ( senang kena tipu dengan pomen, jadi prepare before u kena tipulah kan) tk byk info tentang kos repair aircond ataupun kedai yg bagus n murah utk repair di shah alam ni. So hope anyone else yg google boleh jumpa this entry dan compare harga n tell me ok tak harga pomen ni.

Apa yg saya ganti,

1. Aircond switchboard satu set - gen 2 ada tiga switch, rm280
2. Side mirror adjuster -( ni kerja budak kenit tgn gatal ) rm100+
3. Aircond vent ( yg tmpt keluar aircond tuh, satu dh patah so kena ganti) rm70
4. Wiper ( mmg dh teruk, kena tukar) rm20

Kalau congak dh rm470 lebih kan, tauke tuh kata dia tak kira kos upah, so dia bagi rm400 utk semua tuh.

Sy setuju, cos kedai yg sy pegi before kedai pomen yg ni dia charge rm450 utk switch set shj (again, im a lady driver)

Kedai yg sy repair ni di sek.23, betul2 sblh senheng n kedai perabut. Sy pg sini lepas terbaca forum yg comment dia repair aircond disini ok.

Dekat sini dia charge rm80-90 utk service aircond, bg kereta mcm sy, tk sure if lain rate utk kereta jenis lain. Dan if ada kebocoran pada coil compressor aircond dia charge rm200+

So, masa pickup kereta, saya byr total up rm420 sbb dia suggest sy pasang antenna radio baru ( yg sebelum ni dh patah dek kerja beruk- mcm2 pengalaman gen 2 ni) so add another rm20

Lepas ni bercita2 nk cat warna putih my gen 2. Penghijrahan fizikal sikit. Ada suggestion mana2 kedai value for money? Tapi money kena ada dulu juga hehe...

Note: think twice if u want to buy a secondhand car that tells u the owner was a lady driver ;)

Apr 1, 2013

Anna, my little lady

Anna skrg dh masuk 13 months of age. And nope, she's not walking yet. And nope, im not worried. Bila dia dh cukup konfiden, she will walk by herself. Sementara tuh, dia boleh lg hold on to her mommy's hand until she is ready to let go.

Mommys semua... Pernah tk korang rasa our babies membesar dalam sekelip mata?

The next morning dia dh tumbuh gigi lagi satu. Tak ingat pula bila dia tumbuh gigi lagi empat btg tuh?

The next morning, baju dia dh mcm kecik bila pakai? Eh?

The next morning, dia mumbling many different words, new vocabs. Smlm dia boleh ckp ta ta ta je.... Eh?

Growing fast is she,

Mommy luvs u all the same.






Jan 25, 2013

Malaysian guide to Universal Studio Singapore (USS)

(This post dah lama duduk kat draft jadik pekasam tapi masih tastylicious. jadik aku berusaha pada hari ini utk publish sebelum aku pekasamkan selama setahun lagi.)

Whoa, cam serious je title post ni heheh, but as promised sy nk share few tips n guide buat mereka yg planning nk ke USS.

Bila kami plan secara ad hoc one day nk ke johor antar adik yg studi di segamat maka ad hoc juga kami nk enter singapore n trus ke USS. Tapi sebab kes main redah, bila kami tiba di JB around friday noon, for sure all buses ke USS dh habis tiket smpai sunday.

Tempat kami check tiket bus ni di Tunehotel JB yg mmg ada direct bus ke USS. Mereka bgtahu for alternative choice ada bus loncat ke USS boleh check di larkin bus station. But bila kami kesana, tiket juga habis (dh agk dah duh!) Then, ada mamat yg offer cab for charge 160 dollar Singapore (currency alert!) pergi balik. Itu belum masuk tiket USS. Gila apa mencekik, trus kami plan enter Singapore by car je lg jimat byk beb!

For info direct bus ke USS ialah RM25 sekepala (adult) if di tunehotel, meanwhile di larkin bus station RM198 termasuk tiket entry USS  pada ketika ini. If nk murah sikit RM23 sekepala buy ticket online tp utk shuttle bus yg dari tune hotel ok. Ada info that says ada free shuttle dari vivo city ke USS, which means itulah the most saving way to get there. But check first time n schedule ok so tht u dont miss the bus like us.

For budget traveller i suggest stay at tunehotel cos it is a whole lot cheaper than staying at sentosa .At sentosa island, most inn cost around $350 per night (currency alert!!) whatt? 

We stayed at Amara Resort at sentosa island, tropical style resort, very cosy and good choice for those prefer privacy. We get to park our car there for free as a resort guest of course.

To get to USS on Sentosa island

Dari our hotel, we took free shuttle bus to the monorel station, and took monorel from imbiah station
to waterfront station which is the location of USS. Kalau anda prefer nk duduk hotel yg kena jalan sekangkang kera jer ke USS, gilah stay kat hotel First World ok, ada 3 choices of hotel dia, Hard Rock Hotel, Michael hotel. & Equarius Hotel. But make sure u book online first. Cos more 
cheaper ok, jgn walk in ok! (hmm... berapa banyak ok da)

(sila jgn lupa to convert rm to sing dollar around 2.5 which is rm x 2.5 = Sing dollar) currency rate pada waktu post ini ditulis)

Entrance ticket!


Ticket entry to USS adalah sing dollar $74 iaitu RM185 bagi dewasa, kanak2 $54 iaitu RM135
Jika anda adalah pemegang mastercard, u r lucky, u can get 20% discount on tickets. Sy tak tahu smpai bila promotion ni, but tak rugi if u check first for promotion & discounts sebelum anda purchase ticket.

* recently pegi second trip to USS, book our ticket online, at that time ada promo buy three ticket free one. We bought 2 sets, means ada 8 entrance ticket, meanwhile kami cuma 7 org, extra ticket we sold at 50 dollars to one indonesian gal n she was very happy, sbb normal price at $74. So try check online ticket for best offer ya!

Makan!

Awal pagi kami dah terpacak depan globe USS yg berputar tuh, cos gate USS buka tepat jam 10 pagi, n kitaorg kununnya nk melekat or bergayut kt gate tuh, so bila dorang open gate, we think that we can be the first yg masuk. Tp sampai situ, dah berduyun orang berkumpul macam rombongan cik kiah satu kampung campur cucu cicit dia. So we all pun pglah isi perut kat foodcourt Malaysian Food yg vry nice interior design dia cam kat Penang street facade. mmg mata tk boleh miss betul2 kat sebelah USS. Kalau nk jimat nasi lemak dia $4 satu dgn ayam or daging skalilh, not bad sedap jg. Kitaorg share 1 nasi mkn dua org. For muslim, jgn lupa check the halal sign okeh ;)

Dun wori pasal halal food inside USS. Ada few restaurant yg ada halal sign, n kita still boleh makan meat cam. Our lunch di restoran goldilock yg jual ayam fried dan kentang putar yg sedappp (betul, tak tipu) , lokasinya di sebelah Far Far Away kingdom punya bangunan. (tempat shrek dan kuncu2nya)

Time is preciousss!

Yes, precious macam cincin the one yg gollum taksub tuh. Time adalah sgt penting once korg masuk USS, sebabnya ada byk ride n show yg korg kena ride n watch, dan kalau miss, rugilah tau! Transformer ride is the best for me, so kalau nk naik dua kali dan tk nk miss ride lain, tak perlulah tgk street show cam street dance etc, cos bg sy kat tv pun bole tgk. Tp street dance tuh sy dh terlayan jg sbb mamat2 perkasa nan tampan ;P   yg buat show so...dh terbuang ms disitu

Transformer kami kena beratur hampir 25 min, n ada 3 kali kot asyik technical prob, bila jadi cmni, usually dorg halau kita suruh naik rides lain, n bagi pass universal ( pass yg boleh gi direct ke ride tnpa beratur, wow!) or boleh tggu sampai they solve prob tuh.

If hari dijangka hujan, my suggestion pegi naik all rides yg kat luar dulu, macam roller coaster, jurassic park rides, etc sbb sesetengah ride ditutup jika hujan lebat! sekurang-kurangnya bila hari hujan, all rides yg outdoor kita dah naik, so boleh habiskan rides dan show yg indoors! 

Jangan bawak barang macam nk balik kampung
  Kalau korg ada makcik or mak ( mcm mak gue, tq mommy tk care of my anna) yg lebih prefer duduk kt tepi tgk pemandangan jer, i suggest tinggal all loose item including phones, purse, beg kecil etc, sbb benda2 tuh cuma akn menyusahkan korg n org yg jg ride tuh sbb they will not let u ride, with those thing on u. Tp tak semua ride required to do so, but just to warn u ok. If u travel wth frens, ada locker disediakan, u can still use that. N please pakai kasut. Senang sikit kalau nk naik roller coaster yg tertonggeng2 tu ye.

Surau - jangan lupa solat ok

Surau ada disediakan di sebelah belakang roller coaster ride. Size dia just ok, dan masih selesa.

Toilet & Baby station

usually di singapore most toilet tk sediakan paip air, tapi di USS ada satu toilet yg disediakan dgn paip di hujung sekali ye. Ha, psl toilet pun aku bagi info tau

For diaper changing pun ada disediakan bagi setiap toilet.Tapi satu yg kurang sikit for me, for breastfeeding mom cuma satu tempat disediakan iaitu di lobby near entrance USS. I hope later on they will provide more space for BF mommas ok!

Carnival & fireworks

Jika hari hujan, tidak ada perarakan penutup, which is unlucky for us, hari hujan menjelang maghrib. tapi firework masih ada. For info, firework ada during weekend saja.

 Enjoy some amateur pic. U dont have time to carry heavy dslr at universal studio. trust me.





Thats about it! Anyone reading this post are welcome to add your opinion or tips on this guide. Maybe anda ada lebih info dan tips yg lebih berguna dari saya yep! N hopefully berguna buat yg baru bercita-cita nak ke sini ye =)











Oct 5, 2012

Baby happy, mommy happier

Ini entry update bagi kes babyku berak almost 10 kali sehari. Alhamdulillah, by today anna cuma berak sekali je pagi tadi lepas bgn tido. 3 hari selepas her 2nd jab on pneumococal, anna is getting better dgn bowel movement dia. Dari berak 6 kali turun ke 3 kali sehari dan akhirnya pooping normally by today.

Masa jmpa doc utk jab seventh month dia tuh, doc kata, diarrhea sbb viral atau virus, cirit birit tuh bole menyebabkan bby jadi lactose intolerant, iaitu alah pada laktosa dalam susu. Dalam susu bf kita ada laktosa, meanwhile dalam susu formula tinggi laktosa. Jadi, hentikan susu formula jika baby cirit birit. Dalam kes anna pula, dia mmg tk minum susu formula, doc suggest bf continue, in fact the best utk usus n perut dia, cuma if ada bg nestum or seangkatan, he said shud stop cos kandungan nestum ada susu ( so ada lah laktosa) For mom, kita still boleh minum susu mcm biasa, tiada kaitan dgn lctose intolerant tadi. Manakala if ur baby mmg ambik susu formula, boleh tukar pada susu tanpa laktosa jika dia juga mengalami lactose intolerant.

Senang hati ibu tgk anna dh tk merah2 bontot. Ada nk dekat tiga minggu jugak dia berak kerap tuh. Elok dia masuk 7 th month, nampak dah crown gigi dia atas gusi. Mgkin juga sbb tuh dia berak2 kot. Growth spurt org kata. 

Anna dah getting ready utk merangkak. Posisi tuh dh dapat, skrg selalu enjut bontot jer. Nenek anna siap ada lagu jawa setiap kali anna enjut2 :)

Lupa nk mention, petang after her jab tuh, dia catch fever. Adelah capai 39 degrees, tak tido malam ibu jg anna. Occasionally measure suhu dia dgn termometer ketiak beli kt watson. Terbaca ms kt babycenter yg termometer jenis ketiak kena tmbah 1 atau 2 degree sbb bacaan tak berapa tepat. Kalau nk btol2 tepat kena beli yg jenis kat telinga tuh, tak silap hrga dia rm80 ke 90 gitu, mahal wo, sy beli yg ketiak suda.

Nk cerita sikit psl penumococal jab. Vaksin ni adalah vaksin alternatif yg tk termasuk vaksin wajib bg bby. Tp menurut doc anna, vaksin ni dh wajib to most countries. Ms saya buat own googling haritu pun, most babies admitted to hospital sbb jaundice atau pneumococal diseases. Fyi, vaksin ni mmg agak mahal dan ada 4 doses semuanya. Tp demi kesihatan anak, kita pun sanggup berhabis sbb tk nk take risk kan. Buat yg tak tahu, antara diseases tnpa perlindungan vaksin ini adalah, jangkitan kuman di otak, paru- paru. 

Semua maklumat yg sy berikan adalah based on doc explaination dn my own research. Sila jgn terus membuat kesimpulan tertentu hanya berdasarkan maklumat dari saya, try to find second n third opinion or ur own research lebih terjamin. 

Saya sekadar berkongsi ya, moga dapat membantu mommies n bakal2 ibu :)