Aug 21, 2012

Raya yg Kukenang

Beza. Memang berbeza 'feeling' raya masa kecil2 dulu dgn sekarang. Raya aku dulu mesti balik rumah nenek. Mesti. Sebab 'sense of belonging' tuh lg kuat kat sana.

Dulu, masa nenek masih sihat, dan rumah kayu nenek belum ditambah tingkat bawah, suasana mmg special. 'spirit' yg ada pd rumah tu sentiasa aman dn mesra.Waktu tu rumah nenek kelilingnya pokok koko dan kelapa.

Jom aku cerita sikit psl landskap ruma nenek yg aku rs 'mesra' tuh. Luar dan dalam. Bawah rumah nenek ada banyak  pasu dgn koleksi pokok nenek mcm ati2, bunga taik ayam, bunga kertas, jenjarum dan mcm2 lagi pokok satu malaysia. Bawah rumah nenek ada pangkin dibuat dari rangka katil lama. Situlah port abah nk golek petang2 diulit angin . Bawah ruma nenek juga ada kereta antik lama arwah atuk. warnanya hijau tua. Dalamnya dh mcm stor, buat isi brg2 lama. Kiri dan kanan rumah nenek pula ada palung tadahan air hujan.

Depan ruma nenek ada 2 parit/ kolam gali sendiri. Yg satu dulu2 tempat nenek dn arwah atuk mandi manda. Kelilingnya ada pokokbunga raya. Kalau lutut tersagat batu jalan dulu, nenek kunyah daun nya sapu kt lutut aku. Satu lagi parit aku pernah tergelincir jatuh pd suatu ramadan. Nasibler kakak aku dpt tarik rmbut aku. Dekat parit tu pulak ada pokok melur wangi bunganya.

Atas rumah nenek pulak, dlmnya mmg konsep melayu architecture, mybe ada cmpur javanese kot, kena study lg psl tuh sbb aku belajar khatam landskap jer. Suis letrik jenis old skool yg warna hitam bulat tuh, tingkap jenis  2 pintu, atasnya cermin stain warna hijau. Pintu utama ada tangga kayu tinggi  naik ke atas rumah. dlm rumah nenek ada lampu gas antik, kalau blackout arwah atuk akan pasang lmpu gas ni.

Waktu tuh, iaitu ms aku masih lg di sekolah rendah, cuaca masih lg sejuk. Malam di rumah nenek mcm di cameron, dinginnya mengigit hingga ke tulang. Kalau mahu ke tandas, sebelum mlm kena pastikan selesai hajat, kalau tk mesti nk berteman sebab takut turun bawah rumah sorg- sorg, hihihi..
Kadang2 ada pulak katak puru duduk temankan tepi kolah besar tuh.

Rindu betul nk minum breakfast kuih cakoi nenek cicah dgn kaya, lengkap lg dgn teh serbuk tuang susu...pergh.. Minum pulak tepi pintu besar tepi rumah nenek mengadap kebun koko.

Tp sekarang, akhirnya dh smpai chapter hidup aku yg skrg.. Nenek dh tk sihat, tk gagah mcm dulu. Walau keras kepalanya tk mahu hidup dibantu anak2, skrg dh takde pilihan. Nenek jalan dh kema dipapah, cakap pun kena dekat dn kuat. Rumah nenek dh kosong. Nenek skrg berganti2 duduk dgn anak2nya. Nenek dh tkde pilihan walau degil dn rindu rumah usangnya.

Tahun ini, kami tidur di kampung cuma satu malam. Itupun di rumah nenek mak di banting. Rumah nenek di Banting suasananya mesra juga tapi tak cukup sense of belonging.Kami tk membesar di sana, jiwa kami tk lekat di situ.

Barulah aku faham makna genus loci yg selalu disebut dalam nota kuliah. Taulah aku satu ruang itu boleh ada spirit. Tapi dlm kes aku spirit memori masa kecil aku dgn segenap ruang di rumah usang nenek..

Selamat hari raya

Maaf zahir batin

Syawal 1433H