Eiffel Tower
Siapa yang tak kenal kan. Tidak sangka dah dua kali saya berjaya naik Si Tua Eiffel ni. Megah berdiri dan besinya menjulang tinggi di tengah kota Paris.
Boleh pilih jika mahu naik dengan tangga ataupun dengan lift (Ascensor) . Saya pilih tangga walaupun gigih sikit mahu mendaki. Sambil mendengar dentungan besi setiap kali tapak kaki menghentak anak tangga, dapatlah juga saya melihat setiap ciri pada kemasan besinya. Bila penat boleh berhenti sebentar untuk menikmati landskap pemandangan kota Paris.
Eiffel ini pada hemat saya dia seorang yang megah, malah sombong kelihatannya. Semua yang datang memuja dan menyanjungi dia. Dari jauh pandangan vista dialah yang paling kelihatan dan yang paling tengah jadi perhatian. Tahukah anda umurnya sudah mencecah 134 tahun?
Tapi dia juga saya lihat yang paling sunyi. Pada malam hari ketika saya berada di salah satu platform titik ketinggiannya, dia kelihatan 'jauh' dari yang lain. Seolah seperti sang tua yang dibiar keseorangan melontarkan pandangan pada sekitarnya.
Keliling dia bangunan lain berdampingan, tapi dia cuma seorang, berdiri tanpa teman.
No comments:
Post a Comment