Wajah rumah nenek tahun 2021. Nenek sudah bertahun tiada. Masih terbayang kelibat nenek di depan pintu menunggu kami pulang setiap kali menjelang raya |
Palung tadahan air yang masih kekal |
Dulu, masa nenek masih sihat, dan rumah kayu nenek belum ditambah tingkat bawah, suasana mmg special. 'Spirit' yang ada pada rumah tu sentiasa aman dan mesra. Waktu tu rumah nenek kelilingnya pokok koko dan kelapa.
Jom aku cerita sikit pasal landskap rumah nenek yang aku rasa 'mesra' tuh. Luar dan dalam. Bawah rumah nenek ada banyak pasu dgn koleksi pokok nenek seperti ati2, bunga taik ayam, bunga kertas, jenjarum dan mcm2 lagi pokok keluarga Malaysia. Bawah rumah nenek ada pangkin dibuat dari rangka katil lama. Situlah port abah nak golek petang2 diulit angin . Bawah ruma nenek juga ada kereta antik lama arwah atuk. Warnanya hijau tua. Dalamnya dah macam stor, buat isi barang-barang lama. Kiri dan kanan rumah nenek pula ada palung tadahan air hujan.
Depan ruma nenek ada 2 parit/ kolam gali sendiri. Yang satu dulu2 tempat nenek dan arwah atuk mandi manda. Kelilingnya ada pokokbunga raya. Kalau lutut tersagat batu jalan dulu, nenek kunyah daun nya dan sapu kat lutut aku. Satu lagi parit ada kenagan aku pernah tergelincir jatuh pada suatu Ramadhan. Nasiblah kakak aku dapat tarik rmbut aku. Mungkin cetek je kot. Dekat parit tu pulak ada pokok melur wangi bunganya.
Atas rumah nenek pulak, dalamnya memang old skool senibina Melayu, maybe ada cmpur javanese kot, kena study lagi pasal tuh sebab aku belajar khatam landskap jer. Suis letrik jenis old skool yg warna hitam bulat tuh, tingkap jenis 2 pintu, atasnya cermin stain warna hijau. Pintu utama ada tangga kayu tinggi naik ke atas rumah. dlm rumah nenek ada lampu gas antik, kalau blackout arwah atuk akan pasang lmpu gas ni.
Waktu tuh, iaitu semasa aku masih lagi di sekolah rendah, cuaca masih lagi sejuk dan nyaman. Malam di rumah nenek mcm di cameron, dinginnya mengigit hingga ke tulang. Kalau mahu ke tandas, sebelum malam kena pastikan selesai hajat, kalau tak mesti nk berteman sebab takut turun bawah rumah sorg- sorg, hihihi.. Kadang2 ada pulak katak puru duduk temankan tepi kolah besar dalam tandas tu.
Rindu betul nk minum breakfast kuih cakoi nenek cicah dgn kaya, lengkap lagi dgn bancuhan teh serbuk panas-panas dituang susu...pergh.. Minum pulak tepi pintu besar tepi rumah nenek mengadap kebun koko.
Tapi sekarang, akhirnya dah smpai chapter hidup aku yang sekarang.. Nenek dah tak sihat, tak gagah macam dulu. Walau keras kepalanya tak mahu hidup dibantu anak2, sekarang dah takde pilihan. Nenek jalan dah kena dipapah, cakap pun kena dekat dan kuat. Rumah nenek dah kosong. Nenek sekarang berganti2 duduk dengan anak2nya. Nenek dah takde pilihan walaupun degil dan rindu rumah usangnya.
Tahun ini, kami tidur di kampung cuma satu malam. Itupun di rumah nenek mak di Banting. Rumah nenek di Banting suasananya mesra juga tapi tak cukup sense of belonging. Kami tk membesar di sana, jiwa kami tak lekat di situ.
Barulah aku faham makna genus loci yg selalu disebut dalam nota kuliah. Taulah aku satu ruang itu boleh ada spirit. Tapi dlm kes aku spirit memori masa kecil aku dengan segenap ruang di rumah usang nenek..
Selamat Hari Raya
Maaf zahir batin
Syawal 1433H