Jan 7, 2014

Have u 'taste' the worst in life?

Pernah rasa cili? Pedas, tapi masih boleh hilang
Bagi masa sikit nanti hilanglah pedasnya..

Macam mana kalau sakit? Sakit di hati? Terluka, terguris?
Boleh kurang? Boleh ubat, padam, hilang terus?

Boleh jer, kalau kita 'benarkan' luka tu untuk terubat.
Bila luka, kitalah yg nak rawat, letak ubat, tampal plaster, esok lusa terubatlah dia.
Adake luka yg nk diletak cuka, garam atau clorox lagi biar tambah parah, tambah dendam?

Ada, ada yg buat mcm tu.

Sebab tu org kata, bukan senang nak maafkan org....
Apetah lagi org yg dah melukakan, yang meluka dgn cedera paling dalam...sebab dia terus menerus melukakan.. Sampai bernanah

Ambik masa nak pulih wei, letak minyak gamat tak cukup, antiseptik tak cukup,
Dah parah
Kena kasi bedah?

Ya tuhan, sembuhkanlah luka, bersihkanlah jiwa, dan kurniakanlah kemudahan untuk memaafkan.
Sesungguhnya kemaafan itulah penawar buat jiwa yg tidak tenang.

Bersihkanlah hati dari hasad dengki, benci dan dendam

Sucikanlah jiwa dan hati kami dari minda kotor dan keji, yg senantiasa lalai dari ingat akan usulku, maksudku di dunia ini

Bahawa tidak lain berada di sini hanya utk menyembah -Mu ya Allah.



Note: pernah tak rasa takut nk happy sgt sbb takut nnti ditimpa musibah?




'Bateriku' by Ned
Arcrylic painting on recycled canvas

No comments: