Dec 5, 2013

Passport tak cukup 6 bulan

Vietnam. Singapore. Jakarta. Bali

4 lokasi ni sebenarnya dah berjaya sampai dalam beberapa bulan ni. Paling latest baru je balik dari jakarta dan bali.

Memang teringinlah nak share places of interest and experiences kat those places. Tapi asyik tak berkesempatannyeee..especially Vietnam sebab dah second time kesana dan bercita2 nak kesana lg.

Alkisah ni masa first time ke vietnam memang banyak dugaan, semasa nak renew passport lepas book tiket tanpa plan dan menyangka sempat nak renew passport sebelum flight day. Nak jadi cerita, sehari sebelum flight pegi pejabat imigresen, sekali online system server problem. One day dari pagi ke petang menunggu giliran dengan my baby anna. Imagine betul2 time my number giliran nak kena panggil, dan dan tu jugak system tu down. And guess what, esok nak gi vietnam, passport pulak tak cukup 6 bulan. ( Buat yang tak tahu, nak travel overseas kena cukup 6 bulan sebelum expired date, or tak naik kapalterbang ler ekau ;) )

Aku recall time tanya pegawai Imegresen tu dia cakap the whole immigration system down, semua tempat. Kalau aku gi Putrajaya time tu jugak pun takde maknanya, sebab kat sana pun sama jugak. Gitu jugak di Bukit Damansara. Masatu anna dh restless, sape tak boring duduk kat situ dari pagi smpai petang. Ada mendidih jugak kepala masatu.

Esok flight 9 pagi ke vietnam, my mom cakap cuba terai je kot bole lepas. My passport time tu ada dalam 4 bulan sebelum expired. Korang rasa lepas tak? Sorila, kat kaunter MAS awal-awal lagi tak lepas. Anna lepas, tapi aku tak boleh. (since anna baru buat passport sebelum ni). So aku punya passport je la yang tak lepas. Nice lady kat kaunter tu cakap, kalau tempat lain (country lain) mungkin dia allow je pujuk2 sikit, tapi immigration vietnam memang strict tak bagi masuk. So, nak taknak kena la reschedule flight ke petang, tambah fare sikit, pagi tu jugak aku pegi renew passport sambil angkut anna pegi putrajaya.

Ok nanti continue. Dah 2 pagi, sleep time.


Pelbagai jenis kain di Pasar Ben Tanh Ho Chi Minh city 


Continued -

So pagi tu adik dan mak naik flight yang pukul 9 pagitu. My flight dah jadi dalam pukul 4-5 petang kalau tak silap lepas reschedule. Aku dan Anna berdua terus tak buang masa ambik ERL ke Putrajaya, nak renew passport kat sana asap sebelum flight petang tu. Kebetulan mak ada kawan lama pegawai imigresen, atas bantuan pakcik tu juga aku dibantu untuk cepatkan urusan perbaharui passport Alhamdulillah. 

Syukur haritu semua lancar, sempatlah naik flight MAS petang tu ke Vietnam. Nak cerita juga ada pramugara yang baik hati mungkin tengok aku berdua sahaja dengan anak kecil 2 tahun, dia bagi satu beg makanan bayi dalam botol tu dan kacang-kacang. Terima kasih ye encik pramugara, MAS always have the best hospitality.

Sampai di Vietnam, mak dan adik dah tunggu di airport dan standby taxi Vinasun untuk ke Ho chi minh terus ke hotel kami. (Vinasun ni teksi yang dipercayai tak tipu meter kat Vietnam ni) 

Gitulah ceritanya yang terjadi apabila booking tiket flight secara spontan dengan menyangka dapatlah renew passport sebelum masanya. Pengajarannya renew passport dulu baru book tiket ataupun allow banyak masa untuk renew passport semasa book tiket. 

Serba sedikit tips ke Vietnam;

1- Duit Malaysia boleh digunakan di Malaysian street dan Ben Tanh market. Tourist orang kita ramai di sana, dan jangan terkejut seller di sana fasih berbahasa melayu 
2. Makanan halal banyak di Malaysian street kerana warga Champa yang beragama islam membuka restoran dan kedai di kawasan tersebut. Mesti cuba Pho' halal, Bahn sandwich - Vietnam pernah dijajah Perancis jadi roti bahn ni dah jadi makanan diaorang.  Pejabat Pos di Ho Chi Minh dikatakan sebagai hasil rekaan Gustave Eiffel.
3. Teksi Vinasun boleh dipercayai kerana jujur menggunakan meter, elak naik teksi lain
4. Bila membeli belah di kedai atau pasar ben tanh, harga yang di beri selalunya jauh lagi tinggi, jadi cuba tawar sehabis boleh, kerana selalunya harga yang anda tidak sangka dan murah memang boleh didapati. Namun setengah tempat seperti pasar malam ada harga kawalan jadi itu memang dah murah. kena rajin compare harga ya.
5. Peminat kopi mesti minum kopi vietnam ada banyak peniaga naik motor depan hotel biasanya, jus buah di dalam Pasar Ben Tanh memang best. 


nanti saya add more photos. Kena gali hard disk lama, Thank you for reading ;)

Nota Januari 2022: Dah dua tahun sejak pandemik melanda dunia, lama tak dapat jejak ke Vietnam. Dalam hati tertanya-tanya, macam mana keadaan Malaysian street di Ho Chi Minh yang dulunya meriah dengan pelancong dari Malaysia. 





No comments: