GEN2 Tak Boleh Start!
Alkisah, satu malam yang indah sesudah selesai tutup kedai, bersedialah untuk pulang. Kunci dah masuk ignition, ada bunyi crank, tapi enjin tak mau start!! Alamak! Dah la parking ni shopping mall, nak settle kereta jam 10 mlm ni mana ada bengkel yang bukak. Terpaksalah gen2 ni bermalam disitu.
Masatu fikir mungkinkah bateri? Memang dah agak lama tak ditukar, sebelum ni mmg ada tak boleh start enjin, tapi masatu bunyi crank apepun pun takde, jumpa tips di google, cuba letak air mendidih di kepala bateri sebab dah banyak oksida disitu lepastu alhamdulillah boleh start. Tapi this time, crank ada cuma tak boleh start.
So esoknye cubalah tukar bateri baru, RM255 hangus untuk sel kering plus skru baru sebab yang lama dah berkarat. Pasang sendiri. Tapi kereta masih tak boleh start!
Panggil pomen satu bengkel ni, dia check scan pakai computer yang portable tuh cucuk bawah stereng, dia kata masalah enjin kena tarik (tow) ke bengkel untuk find out problem. Tanya kos tow sahaja dah rm150 belum repair lagi. Alamak, saya cakap takpelah nanti ape2 saya inform, bayar rm10 untuk charge dia datang tengok . Dalam hati nak try tanye pomen lain dulu. Ayah bagitau maybe kena tukar enjin baru, nak tercekik air liur dengar.
Found the Problem
Google lagi (saya suka google, always a problem solver) Jumpe satu bengkel berdekatan, dia datang check lepas tutup bengkel, and alhamdulillah found the problem, ICM relay dah rosak kena tukar baru. Katanya fungsi icm relay ada tiga, tapi yang rosak ni yang bagi arahan kat fuel pump. So dia kata kena order brg dulu, dah ada nanti dia bgtau.
Esoknye, barang sampai, lepas tutup bengkel dia datang lagi dengan staff dia untuk pasang icm relay yang baru. Alhamdulillah kereta dah boleh start! Total semua termasuk barang dan upah rm250. ICM relay tu harganya rm212, so bakinya upah. Saya rasa masih murah berbanding jika pasang by proton service.
ICM relay yang ditukar |
Note: Awal tahun 2021, Gen2 ni tak boleh start lagi, this time sebab starter dah out. Nanti saya buat post pasal ni.