Nov 30, 2021

Si Besi Tua Eiffel

Eiffel Tower

Siapa yang tak kenal kan. Tidak sangka dah dua kali saya berjaya naik Si Tua Eiffel ni. Megah berdiri dan besinya menjulang tinggi di tengah kota Paris. 

Boleh pilih jika mahu naik dengan tangga ataupun dengan lift (Ascensor) . Saya pilih tangga walaupun gigih sikit mahu mendaki. Sambil mendengar dentungan besi setiap kali tapak kaki menghentak anak tangga, dapatlah juga saya melihat setiap ciri pada kemasan besinya. Bila penat boleh berhenti sebentar untuk menikmati landskap pemandangan kota Paris. 

Eiffel ini pada hemat saya dia seorang yang megah, malah sombong kelihatannya. Semua yang datang memuja dan menyanjungi dia. Dari jauh pandangan vista dialah yang paling kelihatan dan yang paling tengah jadi perhatian. Tahukah anda umurnya sudah mencecah 134 tahun?

Tapi dia juga saya lihat yang paling sunyi. Pada malam hari ketika saya berada di salah satu platform titik ketinggiannya, dia kelihatan 'jauh' dari yang lain. Seolah seperti sang tua yang dibiar keseorangan melontarkan pandangan pada sekitarnya.

Keliling dia bangunan lain berdampingan, tapi dia cuma seorang, berdiri tanpa teman.


Photos by me - on first trip to Paris 2008


Nota: Ketika ini lampu biru dan bintang dipasang menandakan permulaan enam bulan presidensi bagi Perancis untuk European Union pada Julai 2008 


Dear Eiffel, you look so lonely yet people adore and loves you

Pandangan landskap pada waktu senja dari Eiffel Tower

Nota: Semua gambar adalah hasil bidikan saya sendiri, harap maklum copyright gambar tidak dibenarkan mengambil atau muatturun gambar-gambar ini tanpa kebenaran 



Nov 15, 2021

Laptop masuk air!

Seram je tengok tajuk kan 

Tapi inilah yang telah terjadi, 

Anak yang tumpahkan air teh' o lemon terkena macbook pro atas meja makan masa maghrib tu. Tapi dia tak beritahu bukan sebab dia takut nak beritahu tapi sebab dia memang no idea yang laptop boleh kaput kalau kena air. Alahai anak haha

Saya tahu tentangnya bila ESOK paginya waktu nak print airwaybill shopee untuk sale 11.11 adalah dalam 13 order. Laptop tak boleh hidup! tekan la button on tu berkali-kali memang tak hidup. Masatu memang mulut dah bising membebel la kat anak. Dah bagitau dia kena ban dari main game selama sebulan sebagai hukuman. 

Air tumpah pada malam sebelumnya, maksudnya laptop tu dah bergenang dengan air manis untuk satu malam. Tahu tak kalau air yang tumpah tu air kosong masih ok berbanding air manis! Walaupun anak saya kata dia dah lap sikit bawahnya masa kejadian,  masih ada kesan air pada motherboard masa saya buka protector dan lapik bawah tu. Ini yang saya buat lepas kejadian;

1. Buka skru dan lapik bawah laptop dan bersihkan kesan air - ini saya ambik tisu kering dan dab-dab dengan hati-hati atas motherboard

2. Terbalikkan laptop, dalam keadaan terbuka letak dia dalam keadaan L atau V terbalik

3. Pasang kipas buka tingkap pastikan tempat jemur laptop tu ada angin yang boleh mempercepatkan proses pengeringan 

4. Saya biarkan selama 1 malam tak usik dan biar keadaan macam tu

Esoknya, saya cuba on lagi dan kali ni dah boleh on TETAPI setiap 5-20 minit dia akan terpadam sendiri. Masa ni dah menangis dalam hati huhu. Ok takpe saya cuba positif dan terbalikkan lagi dan biar lagi untuk satu malam.

Alhamdulillah pada hari ketiga laptop dah boleh turn on dan stay on. Cuma sedikit masalah nak turn on button tu kena cuba berkali-kali baru boleh turn on. So buat masa ni saya memang tak berani nak shutdown risau susah nak turn on lagi. Jadi saya akan pastikan bateri sentiasa cukup dan cuma tutup laptop untuk sleep. So far masih boleh guna buat kerja macam biasa dan function lain masih ok.

Biasanya kita dengar kalau handphone masuk air kita guna kaedah kambus dalam beras kan. Untuk laptop saya rasa macam tak sesuai jadi saya tak buat cara tu. Ada juga terbaca jika yang tumpah air manis kandungan gula dalam air tu akan crystallize dan menyebabkan karat pada bahagian motherboard pada masa akan datang. Harapnya itu tak akan berlaku pada laptop ni huhu

Kesimpulannya, kalau berlaku macam ni segera bertindak bersihkan dan keringkan segera. Jadi potensi untuk laptop tu rosak kurang sikit kan. Apapun jangan ikut macam saya yang suka buat keje di meja makan. Sebenarnya sebahagian salah tu salah saya juga haha tapi rasa aman sikit bulan ni anak tak main game dan baca buku je sebab dia rasa bersalah hihi.

Lapik bawah tu satu skru tak boleh bukak, tapi terbuka sikit untuk keringkan, protector pink tu masih bergenang air masa buka


Note: Air yang tumpah lebih kurang satu cawan penuh dari arah belakang laptop. Jika tumpah atas keyboard mungkin keyboard berisiko rosak.