Jan 14, 2022

Petua Bunga Rampai Kekal Wangi

Petua ni mungkin tak semua orang tahu, sebenarnya bunga rampai pengantin tu ada caranya nak buat dia betul-betul wangi dan tahan lama. 

Ada petua yang kata guna air mawar. Guna air mawar pun boleh cuma baunya tak sekuat bau kalau guna  Minyak Wangi Lotion Pachouvali  ataupun Minyak Losyen Bunga Tanjung

Bahan- Bahan lazim bunga rampai adalah :

1- Daun Pandan, pelbagai jenis bunga yang wangi ataupun yang tak wangi pun takpe sekadar untuk pelbagaikan warna - semuanya ricihkan atau hiris -hiris

2. Daun Limau Purut  

2. Minyak Losyen Pachouvali/Minyak Losyen Bunga Tanjung 

3. Air Mawar

Kesemua bahan-bahan tersebut digaul bersama

Kalau korang nak beli minyak wangi pachouvali, minyak bunga tanjung ataupun air mawar ada jual kat kedai shopee ni, klik je link ni 👇

https://shp.ee/y6rbuat

Losyen Bunga Tanjung 

Pachouvali Cologne Lotion


Jan 5, 2022

Hukum warnakan rambut

Tentu ramai yang tertanya apakah hukum mewarnakan rambut. Kalau lihat perbuatan tu seolah mengubah hasil kejadian Allah kan. Tapi sebelum kita terus jatuhkan hukum sebaiknya kita ambil tahu dulu pendapat yang ahli maksudnya dari orang yang berilmu.

Tahukah anda hukum mewarnakan rambut sebenarnya HARUS? TETAPI hukum Harus itu perlu bergantung pula pada bahan, niat atau keadaan. 

1. Bahan - Jika bahan pewarna yang digunakan bercampur dengan bahan yang haram atau najis, atupun jika boleh meyebabkan gangguan kesihatan maka ia tidak boleh digunakan. Lagi satu pastikan bahan yang digunakan tidak menghalang wudhuk atau mandi junub, maksudnya ia serap air dan bukan waterproof. Warna juga sebaiknya yang lebih dekat pada warna inai atau bahan semulajadi dan bukannya warna seperti ungu, hijau atau biru yang bukan semulajadi dengan warna rambut. 

2. Niat - OK ini penting, contohnya jika anda mahu warnakan rambut kerana mahu kelihatan cantik pada pandangan awam atau mahukan perhatian, disini hukumnya HARAM. Hukum harus tu ialah apabila contohnya niat untuk menutup uban ataupun cuma untuk dipakai di rumah untuk tatapan suami. Walaubagaimanapun orang tua tidak boleh memakai warna hitam kerana ada unsur penipuan. 

3. Keadaan - Semasa zaman Rasulullah SAW, Baginda telah menyuruh seorang sahabat iaitu Abu Quhafah yang juga bapa kepada Abu Bakar As-Siddiq supaya mewarnakan rambut tetapi kerana usianya yang tua maka diminta untuk elakkan warna hitam.

غَÙŠِّرُوا Ù‡َØ°َا بِØ´َÙ‰ْØ¡ٍ ÙˆَاجْتَÙ†ِبُوا السَّÙˆَادَ

Maksudnya: “Ubahlah warna uban rambutnya ini dengan sesuatu dan elakkanlah dari warna hitam.”

Riwayat Muslim (2102)


Bagaimanapun dibolehkan warna hitam jika mahu berperang atas tujuan untuk menakutkan musuh. Tapi zaman sekarang yang Alhamdulillah tiada keperluan berperang jadi boleh elakkan warna hitam bagi yang berusia. 

Prof. Dr Yusuf al-Qadhawi dalam karyanya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (hal. 117) menyebut:

“Manakala orang yang tidak setua Abu Quhafah tidak mengapa jiialau dia mewarnakan rambutnya dengan warna hitam. Dalam hal ini al-Zuhri (seorang Tabien) mengatakan: “Kami menginai rambut dengan warna hitam jiikalau wajah masih kelihatan muda. Apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah bergoyang kami meninggalkannya.”


rujukan - 1- website mufti wilayah persekutuan

                2- Ulasan PU Azman


Inai Rambut Halal dan Serap Air 
Klik link di bawah ini jika beminat 👇
Inai Rambut Noorani Halal