Nov 4, 2010

aku mahu kembara

dudukku sudah kebas di bawah pokok ini 
sudah lebam butuhku 
sudah puas bernaung redupan 
sudah kenyang disuap menu yang sama 
 
aku kini mahu jadi tamak 
aku kini mahu jadi haloba dan dahaga
tatkala melihat luasnya langit dan saujana 
aku mahu kembara 
tuhan beritahulah aku 
adakah sirath mustaqim itu cuma satu 
atau banyaknya jalan ke sirath mustaqim itu? 
bolehkah aku ingin melihat dan mencuba 
menguji jiwaku pada setiap jalan yang ada itu? 
dan pokok yang bakal kutinggalkan itu sekali-kali tidak pernah aku buang 

barangkali aku akan kembali 
tatkala ia semakin tinggi dan rendang 
atau hanya melihat dari jauh di suatu masa? 
kerana malu atas jalan yang kupilih? 
atau kerana aku telah bertemu jalan yang lebih terisi jiwaku? 
pokok itu dan setiap daun yang pernah membelai aku dengan redupnya
payungi jiwaku dengan rendangnya 
aku letak hatiku bersamamu 
takkan pernah tinggal atau lari
Tetap di situ

8 comments:

gadisBunga™ said...

aku nangis baca entri ni.... :(

aku sayang kau.

Nedfatin said...

kenapa sedih? gembiralah untukku.

sayang ko juga.

Mimie Khalif said...
This comment has been removed by the author.
Mimie Khalif said...

Syahdu....apa pun pilihan kamu aku tetap akan sentiasa menjadi sahabat baikmu sampai bila2...

Nedfatin said...

me 2 ermie. thanks gud frens

cikceriacorner said...

ned..always miss u...ko tetap dlm ingatan aku..

Nedfatin said...

thanks teq, dh ada blog baru ye =)

cikceriacorner said...

ned..kalo sesenang jengukla blog kite..miss u..mmuah