Oct 5, 2012

Baby Happy, Mommy Happier

Ini entry update bagi kes babyku berak almost 10 kali sehari. Alhamdulillah, by today anna cuma berak sekali je pagi tadi lepas bangun tido. 3 hari selepas her 2nd jab on pneumococal, anna is getting better dengan bowel movement dia. Dari berak 6 kali turun ke 3 kali sehari dan akhirnya pooping normally by today.

Masa jumpa doc untuk jab seventh month dia tuh, doc kata, diarrhea sbb viral atau virus, cirit birit tuh bole menyebabkan baby jadi lactose intolerant, iaitu alah pada laktosa dalam susu. Dalam susu bf kita ada laktosa, meanwhile dalam susu formula tinggi laktosa. Jadi, hentikan susu formula jika baby cirit birit. Dalam kes anna pula, dia mmg tk minum susu formula, doc suggest bf continue, in fact the best utk usus n perut dia, cuma if ada bagi nestum or seangkatan, he said shud stop cos kandungan nestum ada susu (so ada lah laktosa) For mom, kita still boleh minum susu mcm biasa, tiada kaitan dengan lactose intolerant tadi. Manakala if ur baby mmg ambik susu formula, boleh tukar pada susu tanpa laktosa jika dia juga mengalami lactose intolerant.

Senang hati ibu tengok anna dah tak merah2 bontot. Ada nak dekat tiga minggu jugak dia berak kerap tuh. Elok dia masuk 7th month, nampak dah crown gigi dia atas gusi. Mungkin juga sebab tuh dia berak2 kot. Growth spurt org kata. 

Anna dah getting ready utk merangkak. Posisi tuh dah dapat, sekarang selalu enjut bontot jer. Mak Wan anna siap ada lagu jawa setiap kali anna enjut2 :)

Lupa nak mention, petang after her jab tuh, dia catch fever. Adelah capai 39 degrees, tak tido malam ibu jaga anna. Occasionally measure suhu dia dengan termometer ketiak beli kat watson. Terbaca masa kat babycenter yang termometer jenis ketiak kena tambah 1 atau 2 degree sebab bacaan tak berapa tepat. Kalau nak yang betul-betul tepat kena beli yang jenis kat telinga tuh, tak silap harga dia rm80 ke 90 gitu, tapi saya pakai yang jenis kepit di ketiak je.

Nak cerita sikit pasal penumococal jab. Vaksin ni adalah vaksin alternatif yang tak termasuk vaksin wajib bagi baby. Tapi menurut doc anna, vaksin ni dah wajib to most countries. Masa saya buat own googling haritu pun, most babies admitted to hospital sebab jaundice atau pneumococal diseases. Fyi, vaksin ni memang agak mahal dan ada 4 doses semuanya. Tapi demi kesihatan anak, kita pun sanggup berhabis sebab tak nak take risk kan. Buat yang tak tahu, antara diseases tanpa perlindungan vaksin ini adalah, jangkitan kuman di otak, paru- paru. 

Semua maklumat yang saya berikan adalah based on doc explaination dan my own research. Sila jangan terus membuat kesimpulan tertentu hanya berdasarkan maklumat dari saya, try to find second n third opinion or ur own research lebih terjamin. 

Saya sekadar berkongsi ya, moga dapat membantu mommies n bakal2 ibu :)

Anak-anak adalah anugerah dan amanah dari tuhan

Nota: Update tahun 2021, Vaksin Pneumococal sudah mula diberi percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 

1 comment:

AspenMyL said...

Amik lebihan vaksin kan...takper, janji anak sihat InsyaAllah