Jan 9, 2014

Aircond atau sauna?


One day pada satu hari yg panas terik, aircond kereta ni tak mau sejuk setelah lama on. Panasnye macam duduk dalam oven. Berpeluh segala. Tak boleh jadi ni, malaysia memang cuaca panas lembab khatulistiwa, kena juga repair aircond, lainlah kalau ada winter kan.

Pagi tadi lepas bukak kedai sempat singgah kedai buat air cond yang haritu buat repair switch. Risau juga kalau kena buat compressor ke whatever yang menghanguskan duit. Tetapkan hati percaya rezeki Allah ada di mana2.

Jumpe tauke cina tuh dia ajak gi kedai abang dia sbb staff dia yg biasa repair aircond ada kt sana. So saya follow belakang keta dia smpai taman sri muda, tak sampai 5 minit je dari kedai dia.

So dia introduce kat abang dia beritahu nak servis aircond, sebab panas, angin keluar tak kuat, gas macam malu2 kucing jer rasa, memang macam sauna.

Abang tauke memang nampak very experienced cara dia explain, walaupon ada slang cine tapi masih satu malaysia, aku faham lagi.

"Dia check2 , dia kata i kasi bersih u punye filter rm10, kasi masuk gas rm30. Itu suda cukup tak payah servis, kalau gen2 mau bukak dashboard paling kurang rm250 itu servis saja, kalau coil rosak itu lain celita, lain charge.

Kalau you nak servis pon sama saja kalau coil rosak, lepas i cuci filter dan tambah gas. So cuci filter dan tambah gas suda cukup."

Syukurlah, baik juga abang tauke ni, dia cakap terus terang je takde fikir nak kelepet ke ape. Syukur pada tuhan selesai satu masalah.

Ha, kalau sape yang baca post sebelm ni, pomen chinese montel tu cakap servis aircond below rm100 kan, itu sbnarnya keta jenis lain, bukan gen2 hehe.. Tataulah, ada sesape yg boleh verify info ni ke. Eh, ada sesape baca ke post ni 😬

Tapi, u all dah tahu, yang my aircond tuh tak perlupon nk servis, (buat masa ni lah) skrg ni dia dah sejuk dan kuat anginnya macam wintersonata, selepas cuci filter dan tambah gas. Tapi toke tu warn kalau dah tak rasa sejuk dalam masa terdekat tu adalah yg bocor, so adelah parts yang nak kena tukar tuh kan. Lets hope not.

Note: Awal tahun 2021, aircond tiba-tiba tak sejuk, padahal 3 bulan sebelum tu baru isi gas. Dah rasa cam sampai masa dah aircond ni. Pegi bengkel yang sama this time memang betul compressor dah out. 




Musim panas ni pakai ni sejuk dan kering je ketiak, bau badan pun hilang 
Nak beli klik sini 
Bedak Antibka 60g


Jan 7, 2014

Have u 'taste' the worst in life?

Pernah rasa cili? Pedas, tapi masih boleh hilang
Bagi masa sikit nanti hilanglah pedasnya..

Macam mana kalau sakit? Sakit di hati? Terluka, terguris?
Boleh kurang? Boleh ubat, padam, hilang terus?

Boleh jer, kalau kita 'benarkan' luka tu untuk terubat.
Bila luka, kitalah yg nak rawat, letak ubat, tampal plaster, esok lusa terubatlah dia.
Adake luka yg nk diletak cuka, garam atau clorox lagi biar tambah parah, tambah dendam?

Ada, ada yg buat mcm tu.

Sebab tu org kata, bukan senang nak maafkan org....
Apetah lagi org yg dah melukakan, yang meluka dgn cedera paling dalam...sebab dia terus menerus melukakan.. Sampai bernanah

Ambik masa nak pulih wei, letak minyak gamat tak cukup, antiseptik tak cukup,
Dah parah
Kena kasi bedah?

Ya tuhan, sembuhkanlah luka, bersihkanlah jiwa, dan kurniakanlah kemudahan untuk memaafkan.
Sesungguhnya kemaafan itulah penawar buat jiwa yg tidak tenang.

Bersihkanlah hati dari hasad dengki, benci dan dendam

Sucikanlah jiwa dan hati kami dari minda kotor dan keji, yg senantiasa lalai dari ingat akan usulku, maksudku di dunia ini

Bahawa tidak lain berada di sini hanya utk menyembah -Mu ya Allah.



Note: pernah tak rasa takut nk happy sgt sbb takut nnti ditimpa musibah?




'Bateriku' by Ned
Arcrylic painting on recycled canvas