Dec 5, 2013

Passport tak cukup 6 bulan

Vietnam. Singapore. Jakarta. Bali

4 lokasi ni sebenarnya dah berjaya sampai dalam beberapa bulan ni. Paling latest baru je balik dari jakarta dan bali.

Memang teringinlah nak share places of interest and experiences kat those places. Tapi asyik tak berkesempatannyeee..especially Vietnam sebab dah second time kesana dan bercita2 nak kesana lg.

Alkisah ni masa first time ke vietnam memang banyak dugaan, semasa nak renew passport lepas book tiket tanpa plan dan menyangka sempat nak renew passport sebelum flight day. Nak jadi cerita, sehari sebelum flight pegi pejabat imigresen, sekali online system server problem. One day dari pagi ke petang menunggu giliran dengan my baby anna. Imagine betul2 time my number giliran nak kena panggil, dan dan tu jugak system tu down. And guess what, esok nak gi vietnam, passport pulak tak cukup 6 bulan. ( Buat yang tak tahu, nak travel overseas kena cukup 6 bulan sebelum expired date, or tak naik kapalterbang ler ekau ;) )

Aku recall time tanya pegawai Imegresen tu dia cakap the whole immigration system down, semua tempat. Kalau aku gi Putrajaya time tu jugak pun takde maknanya, sebab kat sana pun sama jugak. Gitu jugak di Bukit Damansara. Masatu anna dh restless, sape tak boring duduk kat situ dari pagi smpai petang. Ada mendidih jugak kepala masatu.

Esok flight 9 pagi ke vietnam, my mom cakap cuba terai je kot bole lepas. My passport time tu ada dalam 4 bulan sebelum expired. Korang rasa lepas tak? Sorila, kat kaunter MAS awal-awal lagi tak lepas. Anna lepas, tapi aku tak boleh. (since anna baru buat passport sebelum ni). So aku punya passport je la yang tak lepas. Nice lady kat kaunter tu cakap, kalau tempat lain (country lain) mungkin dia allow je pujuk2 sikit, tapi immigration vietnam memang strict tak bagi masuk. So, nak taknak kena la reschedule flight ke petang, tambah fare sikit, pagi tu jugak aku pegi renew passport sambil angkut anna pegi putrajaya.

Ok nanti continue. Dah 2 pagi, sleep time.


Pelbagai jenis kain di Pasar Ben Tanh Ho Chi Minh city 


Continued -

So pagi tu adik dan mak naik flight yang pukul 9 pagitu. My flight dah jadi dalam pukul 4-5 petang kalau tak silap lepas reschedule. Aku dan Anna berdua terus tak buang masa ambik ERL ke Putrajaya, nak renew passport kat sana asap sebelum flight petang tu. Kebetulan mak ada kawan lama pegawai imigresen, atas bantuan pakcik tu juga aku dibantu untuk cepatkan urusan perbaharui passport Alhamdulillah. 

Syukur haritu semua lancar, sempatlah naik flight MAS petang tu ke Vietnam. Nak cerita juga ada pramugara yang baik hati mungkin tengok aku berdua sahaja dengan anak kecil 2 tahun, dia bagi satu beg makanan bayi dalam botol tu dan kacang-kacang. Terima kasih ye encik pramugara, MAS always have the best hospitality.

Sampai di Vietnam, mak dan adik dah tunggu di airport dan standby taxi Vinasun untuk ke Ho chi minh terus ke hotel kami. (Vinasun ni teksi yang dipercayai tak tipu meter kat Vietnam ni) 

Gitulah ceritanya yang terjadi apabila booking tiket flight secara spontan dengan menyangka dapatlah renew passport sebelum masanya. Pengajarannya renew passport dulu baru book tiket ataupun allow banyak masa untuk renew passport semasa book tiket. 

Serba sedikit tips ke Vietnam;

1- Duit Malaysia boleh digunakan di Malaysian street dan Ben Tanh market. Tourist orang kita ramai di sana, dan jangan terkejut seller di sana fasih berbahasa melayu 
2. Makanan halal banyak di Malaysian street kerana warga Champa yang beragama islam membuka restoran dan kedai di kawasan tersebut. Mesti cuba Pho' halal, Bahn sandwich - Vietnam pernah dijajah Perancis jadi roti bahn ni dah jadi makanan diaorang.  Pejabat Pos di Ho Chi Minh dikatakan sebagai hasil rekaan Gustave Eiffel.
3. Teksi Vinasun boleh dipercayai kerana jujur menggunakan meter, elak naik teksi lain
4. Bila membeli belah di kedai atau pasar ben tanh, harga yang di beri selalunya jauh lagi tinggi, jadi cuba tawar sehabis boleh, kerana selalunya harga yang anda tidak sangka dan murah memang boleh didapati. Namun setengah tempat seperti pasar malam ada harga kawalan jadi itu memang dah murah. kena rajin compare harga ya.
5. Peminat kopi mesti minum kopi vietnam ada banyak peniaga naik motor depan hotel biasanya, jus buah di dalam Pasar Ben Tanh memang best. 


nanti saya add more photos. Kena gali hard disk lama, Thank you for reading ;)

Nota Januari 2022: Dah dua tahun sejak pandemik melanda dunia, lama tak dapat jejak ke Vietnam. Dalam hati tertanya-tanya, macam mana keadaan Malaysian street di Ho Chi Minh yang dulunya meriah dengan pelancong dari Malaysia. 





Oct 19, 2013

Im a lady driver

Gen 2 orange saya tuh dah masuk tahun ke 7 rupanya. Patutlah dah banyak yang tak kena.
Sebenarnya ramai je owner proton gen 2 yang byk pengalaman 'oh no' dgn kereta memasing, termasuklah saya kan, hmm..

Tapi my gen 2 sebenarnya dah byk sgtlah berjasa, paling jauh Singapore and Terengganu dia dah jejak. Naik Cameron pun dah pernah.

Banyak sentimental value, the best and the worst memories. only me with my gen 2 :)

Alkisahnya nak cerita pasal kos repair kereta gen 2 nih, baru-baru ni repair aircond switch yg dh lama problem. The problem is, the switch wont switch. Maksudnya ada switch macam tk ada switch, aircond dah on, tp tak boleh adjust temperature, kipas etc. Lama- lama aircond pun dah tk sejuk, dah macam sauna pulak.

So nak detail sikit kos repair tuh. Sebenarnya dah google juga, since im a lady driver ( senang kena tipu dengan pomen, jadi prepare before u kena tipulah kan) tak banyak info tentang kos repair aircond ataupun kedai yg bagus dan murah utk repair di shah alam ni. So hope anyone else yang google boleh jumpa this entry dan compare harga n tell me ok tak harga pomen ni.

Apa yg saya ganti,

1. Aircond switchboard satu set - gen 2 ada tiga switch, rm280
2. Side mirror adjuster -( ni kerja budak kenit tgn gatal ) rm100+
3. Aircond vent ( yang tempat keluar aircond tuh, satu dah patah so kena ganti, ada cerita sebalik vent patah ni) rm70
4. Wiper ( memang dh teruk, kena tukar) rm20

Kalau congak dah rm470 lebih kan, tauke tuh kata dia tak kira kos upah, so dia bagi rm400 utk semua tuh.

Saya setuju, cos kedai yang saya pegi before kedai pomen yang ni dia charge rm450 utk switch set sahaja (again, im a lady driver)

Kedai yang saya repair ni di sek.23, betul2 sebelah senheng dan kedai perabut. Saya pegi sini lepas terbaca forum yang comment dia repair aircond disini ok.

Dekat sini dia charge rm80-90 untuk service aircond, bagi kereta macam saya, tak sure if lain rate utk kereta jenis lain. Dan if ada kebocoran pada coil compressor aircond dia charge rm200+

So, masa pickup kereta, saya bayar total up rm420 sebab dia suggest sy pasang antenna radio baru ( yg sebelum ni dah patah dek kerja beruk- mcm2 pengalaman gen 2 ni) so add another rm20

Lepas ni bercita2 nak cat warna putih my gen 2. Penghijrahan fizikal sikit. Ada suggestion mana2 kedai value for money? Tapi money kena ada dulu juga hehe...



Note: Update tahun 2020, Gen 2 saya dah tukar kaler peach. Oh saya masih setia dengan Gen 2 ini 😁😁

Bawak si oyen ni mandi salji 








Apr 1, 2013

Anna, my little lady

Anna skrg dh masuk 13 months of age. And nope, she's not walking yet. And nope, im not worried. Bila dia dh cukup konfiden, she will walk by herself. Sementara tuh, dia boleh lg hold on to her mommy's hand until she is ready to let go.

Mommys semua... Pernah tk korang rasa our babies membesar dalam sekelip mata?

The next morning dia dh tumbuh gigi lagi satu. Tak ingat pula bila dia tumbuh gigi lagi empat btg tuh?

The next morning, baju dia dh mcm kecik bila pakai? Eh?

The next morning, dia mumbling many different words, new vocabs. Smlm dia boleh ckp ta ta ta je.... Eh?

Growing fast is she,

Mommy luvs u all the same.






Jan 25, 2013

Malaysian guide to Universal Studio Singapore (USS)


(This post dah lama duduk kat draft jadik pekasam tapi masih tastylicious. jadik aku berusaha pada hari ini untuk publish sebelum aku pekasamkan selama setahun lagi.)

Whoa, cam serious je title post ni heheh, but as promised saya nak share few tips n guide buat mereka yg planning nk ke USS.

Bila kami plan secara tetiba one day nak ke johor antar adik yg studi di segamat maka tetiba hoc juga kami nak enter Singapore n trus ke USS. Tapi sebab kes main redah, bila kami tiba di JB around friday noon, for sure all buses ke USS dh habis tiket smpai sunday.

Tempat kami check tiket bus ni di Tunehotel JB yg mmg ada direct bus ke USS. Mereka bagtahu for alternative choice ada bus loncat ke USS boleh check di larkin bus station. But bila kami kesana, tiket juga habis (dah agk dah duh!) Then, ada mamat yg offer cab for charge 160 dollar Singapore (currency alert!) pergi balik. Itu belum masuk tiket USS. Gila apa mencekik, trus kami plan enter Singapore by car je lagi jimat byk beb!

For info direct bus ke USS ialah RM25 sekepala (adult) if di tunehotel, meanwhile di larkin bus station RM198 termasuk tiket entry USS  pada ketika ini. If nk murah sikit RM23 sekepala buy ticket online tp utk shuttle bus yg dari tune hotel ok. Ada info that says ada free shuttle dari vivo city ke USS, which means itulah the most saving way to get there. But check first time n schedule ok so that u dont miss the bus like us.

For budget traveller i suggest stay at tunehotel cos it is a whole lot cheaper than staying at sentosa .At sentosa island, most inn cost around $350 per night (currency alert!!) whatt? 

We stayed at Amara Resort at sentosa island, tropical style resort, very cosy and good choice for those prefer privacy. We get to park our car there for free as a resort guest of course.

To get to USS on Sentosa island

Dari our hotel, we took free shuttle bus to the monorel station, and took monorel from imbiah station
to waterfront station which is the location of USS. Kalau anda prefer nk duduk hotel yg kena jalan sekangkang kera jer ke USS, gilah stay kat hotel First World ok, ada 3 choices of hotel dia, Hard Rock Hotel, Michael hotel. & Equarius Hotel. But make sure u book online first. Cos more 
cheaper ok, jgn walk in ok! 

(sila jgn lupa to convert rm to sing dollar around 2.5 which is rm x 2.5 = Sing dollar) currency rate pada waktu post ini ditulis)

Entrance ticket! (Rate terkini mungkin berubah)

Ticket entry to USS adalah sing dollar $74 iaitu RM185 bagi dewasa, kanak2 $54 iaitu RM135
Jika anda adalah pemegang mastercard, u r lucky, u can get 20% discount on tickets. Sy tak tahu smpai bila promotion ni, but tak rugi if u check first for promotion & discounts sebelum anda purchase ticket.

* recently pegi second trip to USS, book our ticket online, at that time ada promo buy three ticket free one. We bought 2 sets, means ada 8 entrance ticket, meanwhile kami cuma 7 org, extra ticket we sold at 50 dollars to one indonesian gal n she was very happy, sebab normal price at $74. So try check online ticket for best offer ya!

Makan!

Awal pagi kami dah terpacak depan globe USS yg berputar tuh, cos gate USS buka tepat jam 10 pagi, n kitaorg kununnya nak be among the first, so bila dorang open gate, we think that we can be the first yg masuk. Tp sampai situ, dah berduyun orang berkumpul macam rombongan cik kiah satu kampung campur cucu cicit dia. So we all pun pegilah isi perut kat Foodcourt Malaysian Food yang very nice interior design dia cam kat Penang street facade. memang mata tak boleh miss betul2 kat sebelah USS. Kalau nk jimat nasi lemak dia $4 satu dgn ayam or daging skalilh, not bad sedap jg. Kitaorg share 1 nasi mkn dua org. For muslim, jangan lupa check the halal sign okeh ;)

Dun wori pasal halal food inside USS. Ada few restaurant yg ada halal sign, dan kita still boleh makan meat cam our lunch di restoran Goldilock yg jual ayam fried dan kentang putar yg sedappp (betul, tak tipu) , lokasinya di sebelah Far Far Away kingdom punya bangunan. (tempat shrek dan kuncu2nya)

Time is preciousss!

Yes, precious macam cincin the one yang gollum taksub tuh. Time adalah sangat penting once korg masuk USS, sebabnya ada banyak ride n show yang korg kena ride n watch, dan kalau miss, rugilah tau! Transformer ride is the best for me, so kalau nk naik dua kali dan tk nk miss ride lain, tak perlulah tgk street show cam street dance etc, cos bg sy kat tv pun bole tgk. Tp street dance tuh sy dh terlayan jg sbb mamat2 perkasa nan tampan ;P   yg buat show so...dh terbuang ms disitu

Transformer kami kena beratur hampir 25 min, dan ada 3 kali kot asyik technical prob, bila jadi cmni, usually dorg halau kita suruh naik rides lain, dan bagi pass universal ( pass yg boleh gi direct ke ride tanpa beratur, wow!) or boleh tunggu sampai they solve prob tuh.

If hari dijangka hujan, my suggestion pegi naik all rides yang kat luar dulu, macam roller coaster, jurassic park rides, etc sebab sesetengah ride ditutup jika hujan lebat! sekurang-kurangnya bila hari hujan, all rides yg outdoor kita dah naik, so boleh habiskan rides dan show yg indoors! 

Jangan bawak barang macam nk balik kampung
Kalau korg ada makcik or mak ( mcm mak gue, tq mommy take care of my anna) yg lebih prefer duduk kat tepi tengok pemandangan jer, I suggest tinggal all loose item including phones, purse, beg kecil etc, sebab benda2 tuh cuma akan menyusahkan korg dan orang yang jaga ride tuh sebab they will not let you ride, with those thing on u. Tapi tak semua ride required to do so, but just to warn u ok. If u travel with frens, ada locker disediakan, u can still use that. Dan please pakai kasut. Senang sikit kalau nak naik roller coaster yang tertonggeng2 tu ye.

Surau - jangan lupa solat ok

Surau ada disediakan di sebelah belakang roller coaster ride. Size dia just ok, dan masih selesa.

Toilet & Baby station

usually di singapore most toilet tak sediakan paip air, tapi di USS ada satu toilet yang disediakan dengan paip di hujung sekali ye. Ha, pasal toilet pun aku bagi info tau

For diaper changing pun ada disediakan bagi setiap toilet. Tapi satu yg kurang sikit for me, for breastfeeding mom cuma satu tempat disediakan iaitu di lobby near entrance USS. I hope later on they will provide more space for BF mommas ok!

Carnival & fireworks

Jika hari hujan, tidak ada perarakan penutup, which is unlucky for us, hari hujan menjelang maghrib. tapi firework masih ada. For info, firework ada during weekend saja.

 Enjoy some amateur pic. U dont have time to carry heavy dslr at universal studio. trust me.





Thats about it! Anyone reading this post are welcome to add your opinion or tips on this guide. Maybe anda ada lebih info dan tips yg lebih berguna dari saya yep! N hopefully berguna buat yang baru bercita-cita nak ke sini ye =)