Oct 19, 2013

Im a lady driver

Gen 2 orange saya tuh dah masuk tahun ke 7 rupanya. Patutlah dah banyak yang tak kena.
Sebenarnya ramai je owner proton gen 2 yang byk pengalaman 'oh no' dgn kereta memasing, termasuklah saya kan, hmm..

Tapi my gen 2 sebenarnya dah byk sgtlah berjasa, paling jauh Singapore and Terengganu dia dah jejak. Naik Cameron pun dah pernah.

Banyak sentimental value, the best and the worst memories. only me with my gen 2 :)

Alkisahnya nak cerita pasal kos repair kereta gen 2 nih, baru-baru ni repair aircond switch yg dh lama problem. The problem is, the switch wont switch. Maksudnya ada switch macam tk ada switch, aircond dah on, tp tak boleh adjust temperature, kipas etc. Lama- lama aircond pun dah tk sejuk, dah macam sauna pulak.

So nak detail sikit kos repair tuh. Sebenarnya dah google juga, since im a lady driver ( senang kena tipu dengan pomen, jadi prepare before u kena tipulah kan) tak banyak info tentang kos repair aircond ataupun kedai yg bagus dan murah utk repair di shah alam ni. So hope anyone else yang google boleh jumpa this entry dan compare harga n tell me ok tak harga pomen ni.

Apa yg saya ganti,

1. Aircond switchboard satu set - gen 2 ada tiga switch, rm280
2. Side mirror adjuster -( ni kerja budak kenit tgn gatal ) rm100+
3. Aircond vent ( yang tempat keluar aircond tuh, satu dah patah so kena ganti, ada cerita sebalik vent patah ni) rm70
4. Wiper ( memang dh teruk, kena tukar) rm20

Kalau congak dah rm470 lebih kan, tauke tuh kata dia tak kira kos upah, so dia bagi rm400 utk semua tuh.

Saya setuju, cos kedai yang saya pegi before kedai pomen yang ni dia charge rm450 utk switch set sahaja (again, im a lady driver)

Kedai yang saya repair ni di sek.23, betul2 sebelah senheng dan kedai perabut. Saya pegi sini lepas terbaca forum yang comment dia repair aircond disini ok.

Dekat sini dia charge rm80-90 untuk service aircond, bagi kereta macam saya, tak sure if lain rate utk kereta jenis lain. Dan if ada kebocoran pada coil compressor aircond dia charge rm200+

So, masa pickup kereta, saya bayar total up rm420 sebab dia suggest sy pasang antenna radio baru ( yg sebelum ni dah patah dek kerja beruk- mcm2 pengalaman gen 2 ni) so add another rm20

Lepas ni bercita2 nak cat warna putih my gen 2. Penghijrahan fizikal sikit. Ada suggestion mana2 kedai value for money? Tapi money kena ada dulu juga hehe...



Note: Update tahun 2020, Gen 2 saya dah tukar kaler peach. Oh saya masih setia dengan Gen 2 ini 😁😁

Bawak si oyen ni mandi salji 








2 comments:

cikceriacorner said...

salam ned..

kabare?rindu ko..kejap da 7thn si oren tu..byk berjasa gak kat aku..bwk aku jenjalan smpai tganu,kita g car booth sale..jln2 g mkn2..n mcm2 lagi la...

bila da 7thn ni mcm2 la kene tukau kan..xpela asalkan si oren sihat alhamdulila..heheh

anna ape kabau?da pandai ape?

Nedfatin said...

Wsalam teq,

Byk kenangan keta aku ngn ko skali kan. Hehe..gua kita tuh hehe. Anna dh pndai membebel skrg n pandai tiru apa org ckp n buat. Skrg kena tunjuk yg sunnah yg baik je, fasa otak span kan :)