GEN2 Tak Boleh Start!
Alkisah, satu malam yang indah sesudah selesai tutup kedai, bersedialah untuk pulang. Kunci dah masuk ignition, ada bunyi crank, tapi enjin tak mau start!! Alamak! Dah la parking ni shopping mall, nak settle kereta jam 10 mlm ni mana ada bengkel yang bukak. Terpaksalah gen2 ni bermalam disitu.
Masatu fikir mungkinkah bateri? Memang dah agak lama tak ditukar, sebelum ni mmg ada tak boleh start enjin, tapi masatu bunyi crank apepun pun takde, jumpa tips di google, cuba letak air mendidih di kepala bateri sebab dah banyak oksida disitu lepastu alhamdulillah boleh start. Tapi this time, crank ada cuma tak boleh start.
So esoknye cubalah tukar bateri baru, RM255 hangus untuk sel kering plus skru baru sebab yang lama dah berkarat. Pasang sendiri. Tapi kereta masih tak boleh start!
Panggil pomen satu bengkel ni, dia check scan pakai computer yang portable tuh cucuk bawah stereng, dia kata masalah enjin kena tarik (tow) ke bengkel untuk find out problem. Tanya kos tow sahaja dah rm150 belum repair lagi. Alamak, saya cakap takpelah nanti ape2 saya inform, bayar rm10 untuk charge dia datang tengok . Dalam hati nak try tanye pomen lain dulu. Ayah bagitau maybe kena tukar enjin baru, nak tercekik air liur dengar.
Found the Problem
Google lagi (saya suka google, always a problem solver) Jumpe satu bengkel berdekatan, dia datang check lepas tutup bengkel, and alhamdulillah found the problem, ICM relay dah rosak kena tukar baru. Katanya fungsi icm relay ada tiga, tapi yang rosak ni yang bagi arahan kat fuel pump. So dia kata kena order brg dulu, dah ada nanti dia bgtau.
Esoknye, barang sampai, lepas tutup bengkel dia datang lagi dengan staff dia untuk pasang icm relay yang baru. Alhamdulillah kereta dah boleh start! Total semua termasuk barang dan upah rm250. ICM relay tu harganya rm212, so bakinya upah. Saya rasa masih murah berbanding jika pasang by proton service.
ICM relay yang ditukar |
Note: Awal tahun 2021, Gen2 ni tak boleh start lagi, this time sebab starter dah out. Nanti saya buat post pasal ni.
11 comments:
Icm relay hrga rm200 lebih ye? Bukan bawah rm100?
Bawah 100 ja ICM relay tu. Tapi certain orang dia beli dari orang beli dari orang beli.
Salam... icm relay tu apa ye??? Boleh tau die sebelah mana??? Ada 3 tu kat area mana untuk nissan sentra b13??? Harga berapa ye?? Tolong geng.. ni no kawan 0147735035
Icm relay ni fungsi nya utk fuel pump sahaja ke?atau ada sangkut paut utk fungsi lain?
salam..saya baru dpt problems ni..gen2
on kunci lampu meter semua ada tapi Satar kosong...kadang2 dapat idup ingin...dah tukar alternator..tukar starter...wayerman dah cek dgn komputer...kata masalah bateri..tukar bateri..dapat idup enjin tapi masih ada lagi start kosong.harap boleh tlg bagi pandangan...no.saya 0122069450 (Khai)
dekat sebelah kiri dekat tempat tarik bumper depan tuan boleh tengok dekat youtube
Terima kasih atas info ICM relay boleh dapat lagi murah, macam kes saya pomen perlu datang ke lokasi kereta saya yang agak jauh dari bengkel dia, dan sanggup datang walaupun dah malam. Saya pun tak minta kurang dan saya yakin dia boleh bagi kurang.
Tentang detail ICM relay tu saya kurang pasti kena rujuk pada yang pakar ya, itu setakat yang saya faham sahaja ☺️
Aslmkum sahabat2 skalian,sy ingin minta bantuan sifu2😔. Gen2 sy ada masalah tak boleh hidup engine. Skg ne bila on kunci start ada crank tapi x hidup. Sy da check fuel pump, fuel filter dah tukar, dah check icm relay, dah cuci injektor n mmg ada minyak smpai kat fuel rail.. Masi x hidup, so sy ganti crank sensor, cam sensor, ignition coil baru..dan bila sy check wayar ke ignition coil,ada 3wayar tu bila on kunci wayar tengah sahaja yg ada api n bila sy start kedua2 wayar kiri dan kanan tu x api.. Ada sesiapa yg bleh bantu ker?
Wasalam, dah cuba ganti starter? Baru-baruni kereta gen 2 saya tak boleh start rupanya starter. Lepas tukar starter ok dah boleh start. Tapi saya bukan pomen, cuma cadangan. Semoga berjaya
Kesian tu la kena blajar pomen kita ni jantan mna ada 212 meh aku bli 2bijik betul2 ori dia tulisan biru made in portugal
Yg bro bertanya tu sya rsa ecu anda dh rosa kereta apa pn kat dunia ni kalau petro sampai api sampai confrim akan hidup klau keta x hidup snang sja cabut fuel rai start klau kluar minyak itu bhgian minyak fuel pump icm relay smua dlm keadaan baik cabut pulak plug coil boh besi youch kat body n start klau x kluar api trai check dua benda sja coil n crank sensor klau dh tukar msih sama cucuk ecu klau ecu kata coil pdahal coil dh tukar itu confrim ecu dh rosak aku ckp atas pngalaman n klau msaalah soket fuel pump xdak api kena igat soket fuel pump ada dua check soket pertama bwah kapet bhgian penumpang sebelah kanan slalu soket tu yg trbakar atau dh pnh buat by pass so buat by pass bru klau x terbakar ikut wayar api tu cri fi mana ada kesan putus ada terbakar inshaa allah jmpa jalan pnyelesaianya stiap yg berlaku pstu ada jawapanya
Post a Comment