Dec 23, 2021

Jalan - Jalan Jepun

Kalau diberi peluang dan ada cukup uangnya, negara yang ingin kulawat lagi tentulah Jepun. 

Seminggu di sana rasa tak cukup rasanya. 

Disini saya senaraikan beberapa perkara yang saya pelajari serta alami ketika di sana

1. Kebersihan. Yang ini umum dah tahu kan kalau cerita tentang Jepun. Tong sampah awam susah nak cari di tempat awam. Bagaimanapun tempat sekitar kekal bersih. Saya pasti sampah mereka pegang sendiri sehingga mereka bertemu tong sampah ataupun sehingga sampai ke rumah. Saya juga nampak sendiri seorang pemuda Jepun yang terjatuh bekal nasinya bertaburan depan pintu tren. Butir-butir nasi tu dia kutip dengan tangan. Bagus kan. Kebersihan tempat kita adalah tanggungjawab bersama. Jom kita sama-sama pula buat di tempat kita. 

2. Tiada pencuri? Mungkin masih ada tapi hampir tiada. Normal sebenarnya untuk mereka tinggal gadget mahal seperti laptop di kerusi jika hendak ke tandas. Teringat saya pergi kejar seorang lelaki Jepun yang 'tertinggal' laptop dia atas kerusi di shopping mall. Bila saya berikan laptop tu pada dia muka dia memang macam blur. Bila fikir balik baru tahu sebenarnya perkara tu normal. 

3. Vending machine di mana-mana. Ini kalau di kawasan bandar lah saya pasti setiap 2-3 meter mesti sekurang-kurangnya kita akan jumpa satu mesin layan diri. Nak beli rokok pun boleh beli di vending machine tau. 

4. Orang Jepun sangat sopan dan tertib. Teringat konduktor shikansen (keretapi laju) yang akan tunduk macam separuh rukuk tu setiap kali dia sampai ke hujung gerabak. Dia buat ni di setiap gerabak tau. Best tengok mereka masih kekalkan budaya sopan camtu. Orang melayu kita punya budaya tunduk bila melintas depan orang tua pun kita patut kekalkan. Jom ajar anak-anak kita.

5. Kesopanan dan Kesusilaan. Bila pergi ke cafe, even yang lelaki pun cakap sopan dan lembut. Cakap dengan rakan sekerja pun lembut je haha. Adalah kot yang jenis huha tu tapi mungkin bukan di cafe atau restoran kalau nak jumpa. Mereka hormat privasi orang sekeliling. Sama macam apabila berada dalam tren. Memang takdelah yang nak bising-bising. Macam dalam library pulaknye. 

6. Budaya anime dan manga. Kalau yang tak tahu kartun-kartun animasi buatan Jepun dipanggil anime. Kalau muda-muda dulu favourite kartun jepun saya adalah Naruto dan Dragon Ballz. Tapi saya lebih suka dalam bentuk manga iaitu komik (buku). Kalau animasi dah tentulah yang dibikin oleh Studio Ghibli macam Totoro, Spirited Away dan Ponyo. Anime paling sedih yang saya pernah tonton adalah Grave of Fireflies. Pendek kata kartun-kartun jepun ni adalah kebanggaan mereka. Merata-rata terutama di kawasan bandar boleh nampak pelbagai watak samaada di atas tren, shopping mall, produk-produk di kedai, malah juga iklan-iklan.

7. Sento, tempat mandian awam. Sento ialah kolam mandi awam tertutup bagi orang Jepun di mana mereka secara berasingan lelaki dan perempuan mandi bersama jiran dan kawan-kawan secara 'bulat'. Iye, maksudnya naked tanpa swimsuit. Ini normal bagi mereka. Dah tentu saya terkejut beruk masa masuk satu Onsen (juga public bath tetapi ada hot spring) yang disediakan di tingkat atas hotel. Terdapat kolam air panas yang disediakan termasuk deretan locker untuk menyimpan barangan dan baju mereka. Memang nampak cozy dan cambest tapi... 

Bagaimanapun bagi saya Jepun juga ada sisi yang saya rasa tak kena. Apa yang saya temui adalah kedai-kedai mesin judi yang dipanggil Pachinko banyak juga disana dan ia adalah dibenarkan oleh pihak berkuasa. Lagi satu bagi negara asia yang saya anggap sopan dan beradab, ironinya buku dan majalah dewasa dijual secara terbuka di kedai-kedai serbaneka. 

Hiroshima Atomic Bomb Site / Lokasi Tragedi Bom Atom Hiroshima



Inilah Onsen di hotel kami. Entrance untuk wanita


Deretan Mesin layan diri di mana-mana 

Anna dengan Karakter Naruto - Mereka ini sebenarnya pelawat USJ (Universal Studio Japan)
yang memakai kostum sendiri




Replika Sekolah Hogwarts Harry Potter di Universal Studio Japan 
Ada rollercoaster dalam ni, yang specialnya Harry Potter berbahasa jepun :D

Dec 6, 2021

Masalah rambut gugur?

Salam dan hi, 

Hari ni saya nak iklan sikit.

Siapa di sini yang ada masalah rambut gugur dan nipis? 

Di sini ada satu produk keluaran bumiputra, produk yang dihasilkan di kilang berstatus GMP (Good Manufacturing Practise) , maksudnya kilang yang diiktiraf kualiti pembuatan dan penghasilan produknya.

Produk ini bukan sahaja membantu menguatkan akar rambut serta mengurangkan keguguran rambut. Malah membantu menghitamkan rambut anda. Produk ini adalah berasaskan herba seperti bunga raya, minyak kelapa dara, minyak zaitun, spirulina dan vitamin. Anda boleh cuba satu tiub percubaan Krim Rambut Herbal Hair Cream hanya pada harga RM28. Oh ya sekarang ni ada sale 12.12 tau , so ada discount sampai 12.12 sahaja. Jadi cepat-cepat dapatkan pada harga promosi ni ya. Klik sini untuk ke kedai Shopee kami - kedai shopee srikandee

Gollum pun teringin rambut lebat kan hehe

Set Krim Rambut 3 pcs Harga Promosi RM75
atau beli tiub percubaan RM28 satu

Klik sini untuk membeli   
RM Black Herbal Hair Cream












Dec 2, 2021

Hon berbunyi sendiri proton Gen-2

Ok sebenarnya benda ni dah lama terjadi, lebih kurang pada tahun 2018 kalau tak silap. Bayangkanlah tengah korang drive tu hon kereta korang tiba-tiba berbunyi sendiri tak berhenti, saya rasa nak menyorok je bawah dashboard tu. 

Kereta saya brand Gen-2 ni dah seabad lebih umurnya, jadi dari tahun ke tahun macam-macam masalah berlaku sesuai dengan usianya. Permulaannya dari stereng kereta ya kawan-kawan, antara gejalanya apabila saya dengar macam bunyi berpasir pada stereng bila saya pusing ke kanan atau kekiri. Saya cuma ignore je sebab setakat bunyi sikit-sikit mungkin sebab habuk masuk ke kawasan stereng. Dua tiga hari lepas bunyi-bunyian tu, tiba-tiba hon berbunyi sekali, kadang-kadang terputus-putus bunyinya, kadang-kadang memanjang. Masa tu dah la tengah on the way nak ke kedai, lalu kawasan foodcourt seksyen 2 Shah Alam tu, memang segala mata kat situ memandang. Paling ketara bunyinya bila kita dok pusing stereng so kita taulah puncanya dari stereng ada haywire kat situ.

Esoknya terus bawa ke kedai aksesori kereta yang saya biasa pergi, dalam keadaan kereta terhon-hon jugalah tu, siap saya tampal notis belakang kereta tulis HORN ROSAK HARAP MAAF, hahaha. 

So setelah di diagnosa puncanya adalah Clock Spring kat stereng tu. Kan kat stereng tu la tempat kita nak tekan button hon tu kan, jadi adalah connection kat clock spring tu yang rosak. 

So if stereng korang tiba-tiba terdengar macam bunyi berpasir tu hati-hatila. Kejap lagi maybe dia nak start buat orkestra hon dia tu hahaha

Total cost hangus adalah RM180 Clock Spring termasuk upah pasang. 

Tukar Clock Spring baru
dalam hati kesian pulak mamat ni bos dia tak belanja t-shirt kerja baru ke



Note: Kejadian hon berhantu ni terjadi lagi pada tahun 2020. Di kedai yang sama saya tukar clock spring, tukar baru dapat diskaun sikit lepas saya inform last clock spring rosak balik lepas saya tukar disitu. Katanya warranty memang 3 bulan sahaja.  Harap tidak akan berlaku lagi huhu

Dec 1, 2021

Masih ku ingat.. (I still remember)

Masih kuingat
Anak patung kesayanganku
Waktu hingusan dulu
Biru warnanya
Lusuh, akibat aku yg gomol
Patung arnab, sahabatku berkemul

Masih kuingat
Cita citaku, bila cikgu tanya dulu 
Jawabku askar, penyanyi atau cikgu
Adui, aku masih kecil, apelah yg kutahu!

Masih kuingat
First crush aku,
Tidaklah hensem, tidaklah tinggi ataupun putih,
Tapi dengar tuturnya mampu buat aku jadi pucat putih! 

Masih kuingat
Kereta pertamaku, Iswara, buatan tanahairku
Kini cuma besi buruk cuma
Aku dan dia, rakanku kembara

Masih kuingat ujian berat itu
Tuhan pasti sayangi aku,
Dia tahu kerana aku mampu
Walau hampir aku tersungkur layu

Masih kuingat
Kelahiran pertamaku,
9 bulan aku menunggu,
Anugerah paling indah
sesudah mendung yang berlalu

Masih kuingat
Hari pertama dia kesekolah
Cuak mukanya tak pernah berpisah
walau sementara denganku 

Hari demi hari berlalu 
Aku yang dahulu kecil 
Kini sendiri punya yang kecil 
meniti hidup mencipta memori

Kita cipta gembira kita
Peduli apa orang kata
Yang kita tahu Tuhan itu 
punca bahagia kita 


*For my Anna