Dec 23, 2021

Jalan - Jalan Jepun

Kalau diberi peluang dan ada cukup uangnya, negara yang ingin kulawat lagi tentulah Jepun. 

Seminggu di sana rasa tak cukup rasanya. 

Disini saya senaraikan beberapa perkara yang saya pelajari serta alami ketika di sana

1. Kebersihan. Yang ini umum dah tahu kan kalau cerita tentang Jepun. Tong sampah awam susah nak cari di tempat awam. Bagaimanapun tempat sekitar kekal bersih. Saya pasti sampah mereka pegang sendiri sehingga mereka bertemu tong sampah ataupun sehingga sampai ke rumah. Saya juga nampak sendiri seorang pemuda Jepun yang terjatuh bekal nasinya bertaburan depan pintu tren. Butir-butir nasi tu dia kutip dengan tangan. Bagus kan. Kebersihan tempat kita adalah tanggungjawab bersama. Jom kita sama-sama pula buat di tempat kita. 

2. Tiada pencuri? Mungkin masih ada tapi hampir tiada. Normal sebenarnya untuk mereka tinggal gadget mahal seperti laptop di kerusi jika hendak ke tandas. Teringat saya pergi kejar seorang lelaki Jepun yang 'tertinggal' laptop dia atas kerusi di shopping mall. Bila saya berikan laptop tu pada dia muka dia memang macam blur. Bila fikir balik baru tahu sebenarnya perkara tu normal. 

3. Vending machine di mana-mana. Ini kalau di kawasan bandar lah saya pasti setiap 2-3 meter mesti sekurang-kurangnya kita akan jumpa satu mesin layan diri. Nak beli rokok pun boleh beli di vending machine tau. 

4. Orang Jepun sangat sopan dan tertib. Teringat konduktor shikansen (keretapi laju) yang akan tunduk macam separuh rukuk tu setiap kali dia sampai ke hujung gerabak. Dia buat ni di setiap gerabak tau. Best tengok mereka masih kekalkan budaya sopan camtu. Orang melayu kita punya budaya tunduk bila melintas depan orang tua pun kita patut kekalkan. Jom ajar anak-anak kita.

5. Kesopanan dan Kesusilaan. Bila pergi ke cafe, even yang lelaki pun cakap sopan dan lembut. Cakap dengan rakan sekerja pun lembut je haha. Adalah kot yang jenis huha tu tapi mungkin bukan di cafe atau restoran kalau nak jumpa. Mereka hormat privasi orang sekeliling. Sama macam apabila berada dalam tren. Memang takdelah yang nak bising-bising. Macam dalam library pulaknye. 

6. Budaya anime dan manga. Kalau yang tak tahu kartun-kartun animasi buatan Jepun dipanggil anime. Kalau muda-muda dulu favourite kartun jepun saya adalah Naruto dan Dragon Ballz. Tapi saya lebih suka dalam bentuk manga iaitu komik (buku). Kalau animasi dah tentulah yang dibikin oleh Studio Ghibli macam Totoro, Spirited Away dan Ponyo. Anime paling sedih yang saya pernah tonton adalah Grave of Fireflies. Pendek kata kartun-kartun jepun ni adalah kebanggaan mereka. Merata-rata terutama di kawasan bandar boleh nampak pelbagai watak samaada di atas tren, shopping mall, produk-produk di kedai, malah juga iklan-iklan.

7. Sento, tempat mandian awam. Sento ialah kolam mandi awam tertutup bagi orang Jepun di mana mereka secara berasingan lelaki dan perempuan mandi bersama jiran dan kawan-kawan secara 'bulat'. Iye, maksudnya naked tanpa swimsuit. Ini normal bagi mereka. Dah tentu saya terkejut beruk masa masuk satu Onsen (juga public bath tetapi ada hot spring) yang disediakan di tingkat atas hotel. Terdapat kolam air panas yang disediakan termasuk deretan locker untuk menyimpan barangan dan baju mereka. Memang nampak cozy dan cambest tapi... 

Bagaimanapun bagi saya Jepun juga ada sisi yang saya rasa tak kena. Apa yang saya temui adalah kedai-kedai mesin judi yang dipanggil Pachinko banyak juga disana dan ia adalah dibenarkan oleh pihak berkuasa. Lagi satu bagi negara asia yang saya anggap sopan dan beradab, ironinya buku dan majalah dewasa dijual secara terbuka di kedai-kedai serbaneka. 

Hiroshima Atomic Bomb Site / Lokasi Tragedi Bom Atom Hiroshima



Inilah Onsen di hotel kami. Entrance untuk wanita


Deretan Mesin layan diri di mana-mana 

Anna dengan Karakter Naruto - Mereka ini sebenarnya pelawat USJ (Universal Studio Japan)
yang memakai kostum sendiri




Replika Sekolah Hogwarts Harry Potter di Universal Studio Japan 
Ada rollercoaster dalam ni, yang specialnya Harry Potter berbahasa jepun :D

No comments: